05 September 2025

PR0GRAM REALITI TV - AMY MASTURA AKUI TAK MINAT SERTAI, NAFI MERAJUK ATAU BERSARA : "LEBIH ELOK ALIH PERHATIAN MENCARI BEKALAN UNTUK AKHIRAT"



"Sebenarnya, saya tak suka sertai pertandingan nyanyian. Cukuplah sekali saya pernah sertai Asia Bagus pada 1993 dan berasa meny£sal seumur hidup.
"Saya tak suka masuk pertandingan kerana kekac@uan jiwa itu lain macam kerana ada tek@nan dan permainannya (drama).

"Saya tak sehebat artis lain yang masuk pertandingan nyanyian dan buat apa saya nak bertanding kalau sudah tahu tahap kemampuan sendiri?"

Itulah akui penyanyi dan pelakon, Amy Mastura, 54, yang memaklumkan, dia tidak berminat untuk menyertai pertandingan mahupun pr0gram realiti nyanyian, ketika ini.

Dalam pada itu, Amy atau nama sebenarnya, Amy Mastura Suhaimi, mendedahkan, dia juga turut ditawarkan dalam pr0gram realiti popular Gegar Vaganza (GV) pada setiap tahun tetapi terpaksa menolaknya.

Amy bagaimanapun menafikan dakwaan dia merajuk atau merancang mahu bersara dari bidang seni, sebaliknya hanya memperlahankan aktiviti seninya itu.

"Saya masih terima tawaran buat persembahan nyanyian dan lakonan ketika ini. Saya juga belum bersara dalam bidang seni cuma perlahankan sahaja.

"Kalau kita bekerja dengan kerajaan, usia saya ni sudah pencen dan lebih elok alih perhatian mencari bekalan untuk akhirat," jelas penyanyi yang popular dengan lagu 'Sha Na Na' itu.

Sementara itu, ditanya mengenai konsert mahupun showcase pula, Amy menjelaskan, setakat ini, tiada perancangan lagi.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki, tawaran, penajaan dan permintaan dari peminat, mungkin saya akan pertimbangkan untuk buat showcase," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: