"Kalau dahulu, majlis anugerah penuh dengan kehadiran artis baharu yang memenuhi tempat duduk penonton kerana kami begitu teruja ingin menyaksikan persembahan artis senior.
"Pada waktu itu, label juga memainkan peranan dengan baik kerana sanggup mel@burkan sedikit wang untuk menghantar artis mereka bagi mendapatkan pendedahan di karpet merah. Sekarang, keadaannya sudah jauh berbeza. Tidak semeriah seperti dahulu.
"Saya rasa label seharusnya mempunyai peruntukan khusus untuk artis baharu agar mereka dapat belajar serta diberi peluang pendedahan. Menonton secara dalam talian tidak sama dengan merasai pengalaman secara langsung."
Demikian tulis penyanyi Shila Amzah, dimana dia meluahkan pandangannya mengenai keadaan industri muzik tanah air yang menurutnya tidak lagi semeriah dahulu, khususnya dalam aspek penganjuran majlis anugerah serta sokongan kepada artis baharu.
Shila yang berkongsi pandangan itu menerusi satu hantaran di akaun Thr£ads miliknya, mengenang kembali suasana pada zaman awal kemunculannya apabila majlis anugerah sering dipenuhi oleh artis baharu yang hadir dengan penuh keterujaan untuk menyaksikan persembahan artis senior.
Namun menurutnya lagi, keadaan kini jauh berbeza dan tidak lagi semeriah dahulu, selain turut berpendapat label seharusnya menyediakan peruntukan khusus untuk artis baharu agar mereka dapat menimba pengalaman serta pendedahan secara langsung.
Klik untuk gambar besar
"Kalau hendak dikatakan kurang, sebenarnya ramai yang mengeluarkan lagu dan pencapaian penstriman juga hebat-hebat, terutamanya yang popular di TikT0k. Namun sayangnya, kurang mendapat pendedahan di dunia nyata.
"Mereka lebih memberi tumpuan pada platform digital, barangkali," ujarnya yang turut mendedahkan semakin ramai penyanyi kini kembali berminat menghasilkan album penuh, termasuk dirinya sendiri.
Justeru, penyanyi lagu 'Pat@h Seribu' ini men£gaskan, sudah tiba masanya syarikat rakaman mula mel@bur semula dalam usaha membangunkan artis dan karya muzik tanah air.
"Sekarang ini pula, semakin ramai yang mahu menghasilkan album penuh semula, contohnya saya sendiri. Memang syarikat rakaman perlu mula membuat pel@buran kembali," kata penyanyi berusia 34 tahun itu.
Luahan Shila itu mendapat perhatian ramai pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya mengenai keperluan memperkukuh semula peranan label rakaman dalam memberi ruang pendedahan dan pembangunan kepada artis tempatan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment