"Lima tahun penuh tawa, doa, dan cerita dari detik pertama kau hadir di jiwa, ke saat dilafazkan akad untuk menjagamu, hingga ke hari ini, setiap hela nafas perjalanan kita adalah anugerah yang tak ternilai.
"Nur Amirah, kau bukan sekadar isteri. Kau adalah sahabatku yang paling setia, peneman dalam setiap langkah, dan redha dan takdir-Nya menjadikan kita saling melengkapi.
"Bersamamu, belajar dan mengenal makna syukur, mengamati erti peng0rbanan. Dalam setiap senyummu, ku temui ketenangan. Dalam setiap tangismu, ku temui bahgia dan kekuatan.
Klik untuk gambar besar
Demikian tulis suami kepada pelakon Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar menerusi satu perkongsian di media sosial, dimana ia menjadi perhatian apabila menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5.
Emir menerusi hantaran itu, berkata, kehadiran Mira dalam hidupnya adalah satu anugerah Allah yang tidak ternilai serta menyifatkan pelakon itu seorang isteri yang solehah.
Tuturnya lagi, perjalanan mereka dalam rumah tangga baru bermula serta mendoakan impian serta doa mereka akan dimakbulkan dan kasih sayang mereka akan terus dipelihara.
Untuk makluman, pasangan Mira dan Emir berkahwin pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Khair Amir yang kini berusia tiga tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment