09 September 2025

TITIP UCAPAN HARI LAHIR UNTUK ANAK-ANAK - HAFIDZ ROSHDI HARAP HUMAIRAH & UMAR DAPAT BACA LUAHAN RINDUNYA



"Salam Humairah dan Umar, ni abah (Hafidz). Abah rindu sangat-sangat harap kita dapat jumpa satu hari nanti. Selamat hari lahir Humairah dan Umar. Harap Humairah baca dan gembira. Moga baik-baik untuk Humairah dan Umar. Abah sayang korang."

Demikian kata pelakon Hafidz Roshdi yang meluahkan rasa rindu terhadap dua cahaya matanya iaitu Humairah dan Umar, dimana dakwanya, sudah lama tidak ketemu.

Sempena ulang tahun kelahiran anak-anak, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 31, turut menitipkan ucapan istimewa dan berharap pesanan mesej yang dikirimkan itu dibaca oleh mereka.

Klik untuk gambar besar

Tuturnya lagi, dia yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya, juga berharap Humairah dan Umar berada dalam keadaan baik dan gembira dengan kiriman ucapan diberikan.

Dalam hantaran lain, pelakon itu turut memuat naik foto bersama anak-anaknya berserta kapsyen : "Hari ini genap usia mereka 8 tahun dan 5 tahun," tulisnya.

Untuk makluman, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 dan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 8, dan Umar yang kini berusia 5 tahun.

Kemudiannya, Hafidz kembali mendirikan rumah tangga dengan Athira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan.

Bagi Shuhada pula, dia bersama dua anaknya sudah berhijrah ke Melbourne, Australia dan difahamkan untuk menyambung pengajian di sebuah institusi pendidikan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: