"Ada yang mendekati rupa-rupanya suami orang. Walaupun wajah hensem saya harus tarik 'handbrake' (berundur) sebab tidak mahu sebarang mas@lah di kemudian hari. Ada juga duda dan bujang yang cuba mendekati.
"Mungkin juga mereka 'approach' saya tidak kena pada caranya dan tidak sampai di hati. Saya pula seorang yang manja."
Demikian tutur penyanyi dangdut, Amelina, 51, dimana dia mendedahkan ada lelaki berstatus suami orang cuba berkenalan dan mendekatinya, namun dia memilih untuk berundur.
Dalam pada itu, Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, berkata, dia tidak mahu berdepan mas@lah di kemudian hari serta mengakui ada lelaki berstatus duda serta bujang cuba mendekati.
Klik untuk gambar besar
Amelina bagaimanapun memberitahu, dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk pasangan baru, namun lebih selesa hidup bersendirian meskipun anak-anak memberikan 'lampu hijau'.
Ujarnya, dia juga menundukkan pandangan agar tidak mudah terg0da dengan mana-mana lelaki demi demi menjaga menjaga diri dan nama baik.
"Jadinya sekarang saya banyak menundukkan pandangan supaya tidak terg0da dengan mana-mana lelaki. Status terkini saya 'single'.
"Selepas 'menghilang' dan kembali semula dalam indsutri sejak 10 tahun lalu, saya terus fokus kepada anak-anak. Namun apabila mereka sudah dewasa, untuk saya memulakan semula hubungan rasa macam sal@h tingkah.
"Saya ada juga timbul rasa rendah diri, nak meng0rat pun tidak pandai. Walaupun anak-anak beri 'green light', tapi saya tidak terfikir sangat ke arah itu (berkahwin baharu)," tuturnya.
Untuk makluman, Amelina pernah mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood pada 26 April 1999, namun bercerai pada 29 Jun 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai enam orang cahaya mata.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment