"Dia masih muda lagi, tapi apa yang digayakan memang sal@h. Kadang saya mar@h kerana tahu ia tak elok. Saya tidaklah baik sangat cuma ada benda yang saya tak suka."
Itulah tutur penyampai radio, Chiwan, 39, mengenai penampilan isterinya iaitu Amira Ayuni Hashim, 28, yang sering menjadi perhatian ramai apabila dilihat kerap berkongsi video mengenakan pakaian menc0lok mata di media sosial miliknya.
Ujar Chiwan atau nama sebenarnya, Muhammad Azwan Sabir, sebagai suami, dia juga mengaku kurang selesa dengan penampilan isterinya itu, namun menyedari Amira masih muda.
Klik untuk gambar besar
"Mungkin selepas ini dia akan lebih berjaga-jaga. Dia masih muda manakala saya pula sudah berumur, jadi kadang-kadang kalau tegur lebih sangat t@kut berg@duh.
"Saya ada beritahu tak perlu pun video-video macam ini, kena jaga penampilan supaya orang senang dengan kita," luahnya yang dalam masa sama berkata, dia memilih pendekatan secara perlahan-lahan dalam mendidik isterinya itu, selain menggunakan keluarga mentua untuk memberi nasihat.
"Ada juga berbincang dengan keluarganya dan ibu dia pun ada menegur. Kalau suruh padam nanti berg@duh, jadi saya akan terus beri dia nasihat untuk tidak buat perkara seperti itu," jelasnya.
Untuk makluman, Chiwan dan Amira mendirikan rumah tangga pada 5 Mei tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Telok Panglima Garang, Banting, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Canteq Kesuma yang kini berusia 11 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment