26 November 2025

IMPIAN MILIKI RUMAH BAHARU TIDAK KESAMPAIAN - EBBY YUS DAKWA JADI M4NGSA PEN1PUAN KONTRAKTOR PEMBINAAN



"Ceritanya, saya beli tanah kat sana (Klang) dan lantik satu kontraktor buat rumah. Dia kata, bagi dia harga banyak ini, rumah dia buat sampai siap. Jadi saya pun bayar seperti yang dipersetujui.
"Saya bayar, bayar untuk kali pertama, bayar kali kedua dan bayar kali ketiga. Selepas itu, dia minta dan minta lagi duit. Dah habislah duit saya.

"Contohnya kalau RM100,000 saya bagi, tapi rumah tak siap-siap. Dah lama dia tinggalkan macam itu. Saya dah tawar hati. Saya jual lah rumah dengan tanah itu murah-murah sahaja."

Demikian kata pelakon veteran yang juga pelawak, Ebby Yus, 60, dimana impiannya yang mahu memiliki rumah baharu itu tidak kesampaian apabila dia mendakwa menjadi m@ngsa pen1puan kontraktor pembinaan.

Jelas Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, dia membeli tanah di Klang untuk mendirikan kediaman bagi menggantikan rumahnya di Sungai Serai, Hulu Langat yang musn@h akib@t banjir besar pada 2021.

Tuturnya lagi, dia mengambil keputusan terbabit kerana terlalu mar@h apabila melihat muka kontraktor terbabit serta tempat itu.

"Saya dicadangkan oleh seorang kawan untuk ambil kontraktor ini tapi dia pun tak tahu perangai kawan itu macam begitu. Kini saya pun dah tawar hati, jadi saya fikir tak apalah.

"Dia beritahu sudah habis modal, tak cukup duit. Itu saja ayat dia keluar," ujarnya yang sebelum ini mengalami kerugian RM200,000 selepas rumahnya yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di Sungai Serai dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir besar pada 2021.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: