"Hari ini sudah sembilan hari tak dengar khabar berita. Mungkin anak umi khusyuk menunaikan umrah sampai terlupa umi. Tapi jangan risau, umi tak kecil hati. Bukanlah tak boleh bertanya tapi mengharapkan panggilan dan tawaran kepada seorang anak yang belajar mencari ibunya untuk segala hal."
Itulah kata pelakon Shakilla Khoriri, 36, dimana dia meluahkan rasa rindu apabila sudah sembilan hari tidak menerima sebarang khabar daripada anaknya, Ameena Sofia yang kini berada di Tanah Suci menunaikan umrah bersama bekas suami, Fizi Ali.
Shakilla yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial dengan memuat naik foto mesranya bersama Ameena, bagaimanapun percaya mungkin anaknya terlalu sibuk menjalani ibadah bersama bapanya.
Klik untuk gambar besar
"Mungkin umi kurang ajaran itu dekat Ameena. Mungkin juga Ameena terlalu kecil untuk rasa pentingnya seorang ibu dalam hidup Ameena. Ameena anak terbaik umi.
"Satu-satunya anak umi dunia akhirat, umi tak akan berkecil hati sebab umi tahu semua. Semoga selamat sampai rumah kita nanti. Umi tunggu awak," luahnya.
Untuk makluman, Shakilla pernah berkahwin dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Januari 2018, namun mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Ameena Sofia yang dilahirkan pada 14 Mac 2019.
Selepas itu, Shakilla kembali bertemu jodoh dengan Mohd Fariz pada 24 Februari 2024, manakala Fizi pula mendirikan rumah dengan wanita pilihannya iaitu Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!







No comments:
Post a Comment