"Tanggal 13 November merupakan hari ulang tahun saya. Sempena ulang tahun ke-33, saya nak buat kelainan sedikit.
"Saya mahu kongsi rezeki kepada 33 keluarga yang memerlukan. Saya harap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban keluarga yang menerima."
Demikian kata penyanyi Nabila Razali, dimana sempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-33, dia memilih cara lebih bermakna apabila berkongsi rezeki dengan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
Klik untuk gambar besar
Lebih menarik, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, menjadikan angka 33 itu sebagai simbolik jumlah sumbangan yang diagihkan pada 13 November lalu.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di media sosial, Nabila dilihat turun padang bagi mengedarkan sumbangan di sebuah kawasan perumahan.
Antara sumbangan yang diberikan termasuk beras dan kotak yang mengandungi barangan keperluan asas.
Nabila dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur dan memohon doa agar terus dimurahkan rezeki supaya dia dapat berkongsi lebih banyak pada masa akan datang.
"Gembira melihat senyuman yang terukir bila dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. 33 kotak bantuan untuk 33 keluarga, signifikan kepada pertambahan usia saya pada tahun ini.
"Doakan semoga kita semua dipermudahkan urusan. Selitkan nama saya dalam doa supaya masih dapat berkongsi rezeki," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment