"Seronok, terharu, segalanya. Saya harap biarlah ini jadi kali yang terakhir dan perkahwinan ini kekal hingga abadi. Itulah permintaan seorang ibu."
Demikian tutur ibu kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira iaitu Azizah Zaik yang meluahkan rasa terharu dan gembira apabila anaknya itu sah bergelar isteri kepada Mr E atau Ezwan Zain.
Dalam pada itu, Azizah turut berharap perkahwinan kali ketiga Erra ini kekal abadi serta menjadi yang terakhir.
Pada Jumaat lalu iaitu 12 Disember, Erra sah bergelar isteri Ezwan dalam satu majis indah diadakan di Shah Alam selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment