"Dengan hati yang berat, saya memaklumkan bahawa ibu tercinta saya sudah pergi buat selama-lamanya.
"Buat sementara waktu ini, segala urusan terpaksa saya tangguhkan bagi memberi ruang sepenuhnya kepada urusan pemergian mendiang ibu saya."
Itulah tulis pelakon Adam Corrie Lee menerusi satu hantaran di media sosialnya hari ini, dimana dia berkongsi khabar duk@ apabila memaklumkan ibunya sudah meninggal dunia.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian tersebut, Adam meluahkan rasa pilu atas kehilangan ibunya itu dan memohon ruang untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan pemergian mendiang.
Pelakon itu dalam masa sama turut memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul berikutan situasi berkenaan, selain menzahirkan penghargaan atas doa dan sokongan yang diterima.
"Saya mohon ampun dan maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas segala doa dan sokongan semua," tuturnya.
Meninjau ke ruangan komen, peminat dan rakan-rakan artis membanjiri dengan ucapan takziah dan kata-kata semangat buat Adam serta keluarganya.
Setakat ini, maklumat lanjut mengenai lokasi pengebumian dan atur cara terakhir mendiang ibu pelakon itu belum diumumkan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment