09 December 2025

INTAI DUNIA SENI, DR AFIFAH TERIMA KATA SEMANGAT RAKAN ARTIS - NUBHAN SOKONG BIDANG MAHU DICEBURI BEKAS ISTERI TERMASUK JADI ARTIS



"Saya sentiasa sokong apa saja bidang yang ingin diceburinya. Malah, ketika dia bergelar doktor, saya sediakan sebuah klinik buat dia. Saya sokong apa yang ingin dia buat sama ada nak jadi artis, doktor atau apa-apa saja."

Demikian kata penyanyi Nubhan, dimana dia akan menyokong apa saja bidang yang ingin diceburi bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek termasuk jika mahu menceburi bidang seni.

Ujar Nubhan, dia tidak pernah menghalang Dr Afifah atau Dr Fie untuk mengejar apa yang diimpikan termasuk ketika mereka bergelar suami isteri.

Dalam pada itu, Nubhan turut mengulas mengenai kehidupannya selepas berpisah, dimana dia mahu terus memandang ke hadapan serta fokus pada kerjaya, perniagaan dan anak-anak.

Klik untuk gambar besar

"Saya rasa perbezaannya tidaklah terlalu banyak. Saya akan teruskan dengan tugas-tugas biasa saya. Kini saya sibuk dengan GV12. Melihat pada kerjaya seni saya, meskipun masih terlalu awal nak meramal, saya pasti akan buat yang terbaik," jelasnya.

Sebelum ini, bekas isteri Nubhan itu meluahkan rasa terharu apabila menerima sokongan padu daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan selebriti selepas melalui fasa perpisahan.

Dr Fie dalam masa sama memberitahu, kata-kata semangat dan pengalaman yang dikongsi oleh mereka memberi kekuatan baharu buat dirinya supaya bangkit sebagai ibu tunggal.

"Alhamdulillah, ramai selebriti yang hubungi saya. Antaranya Diana Danielle, Bella Astillah dan Adira Suhaimi. Mereka banyak berkongsi pengalaman serta menasihati saya supaya kekal tenang.
"Sokongan ini membuatkan saya rasa lebih kuat," tutur Dr Fie yang turut menjelaskan, hubungan antara dia dan Nubhan masih berada dalam keadaan baik demi memastikan kebajikan tiga anak mereka terus terjaga.

"Kami masih boleh berkawan, itu yang saya harapkan. Demi anak-anak, kami tidak perlu bermasam muka," maklumnya yang tidak menolak kemungkinan untuk menceburi bidang seni jika menerima tawaran yang sesuai suatu hari nanti.

"Saya terbuka, tetapi semuanya bergantung kepada kesesuaian imej dan profesion saya sebagai doktor gigi," ujarnya yang sah bercerai talak dua dengan Nubhan pada 2 Disember lalu.

Hasil perkahwinan selama 10 tahun itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: