"Sanggup saya angkat baju ini sebab memang berat. Saya pening kalau orang lain yang drive (pandu). Kalau saya duduk sebelah orang lain yang drive, mungkin itu sebab saya tengah tak sihat atau pun pening kepala."
Demikian jelas Erra Fazira selepas pelakon dan penyanyi itu menjadi perhatian ramai apabila tular video memaparkan dia memandu sendiri kereta selepas selesai majlis persandingannya dengan suami, Ezwan Zain atau Mr E.
Melihat pada video yang dikongsikan di media sosial, Erra masih mengenakan busana bersanding sambil ditemani pengurusnya, Shahrendra Razak yang berada disebelahnya.
Klik untuk gambar besar
Ujarnya lagi, meskipun bajunya agak berat, namun dia tiada mas@lah untuk memandu sendiri selagi kesihatannya dalam keadaan baik.
"Tapi selagi saya sihat, saya gagahi juga untuk memandu sendiri," ujarnya yang selamat bergelar isteri kepada Ezwan yang merupakan ahli perniagaan dan juga duda anak satu selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal seorang anak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment