12 January 2026

KHALIFAH 'DIREHATKAN', SEDIA PULANG NAMA KEPADA YABANG - APAK TUBUH KUMPULAN BAHARU K'APAK, MULA DARIPADA BAWAH SEMULA



"Hanya dia (Yabang) yang layak menggunakan nama Khalifah. Berat untuk saya melepaskan Khalifah, tetapi itu bukan nama yang saya cipta. Itu nama daripada Yabang.
"Sepatutnya dia tidak keluar dari situ, biarlah saya yang keluar. Bila difikirkan secara mendalam, memang bukan hak saya untuk meneruskan Khalifah ini. Hak itu sebenarnya milik orang lain."

Demikian jelas penyanyi dan komposer, Harry Khalifah, 46, berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial miliknya, dimana dia mendedahkan kumpulan Khalifah kini direhatkan susulan tiada vokalis yang tepat untuk digantikan.

Sebelum ini, isu kedudukan kumpulan Khalifah menjadi bualan peminat selepas ketiadaan Yabang apabila ramai beranggapan identiti band tersebut terlalu sinonim dengan penyanyi berkenaan.

Dalam pada itu, Harry atau lebih dikenali sebagai Apak, berkata, dia turut mempertimbangkan untuk memulangkan semula jenama kumpulan berkenaan kepada bekas vokalisnya, Yabang bagi menghormati hak asal penggunaan nama Khalifah yang dicetuskan oleh penyanyi tersebut.

Tuturnya lagi, dia mengakui berat untuk melepaskan Khalifah, namun merasakan ia tidak wajar untuk meneruskan kumpulan itu tanpa individu yang paling layak menggunakan nama berkenaan.

Disamping itu, maklum Apak, penubuhan sebuah band baharu dikenali sebagai K'Apak, singkatan kepada Kumpulan Apak sebagai langkah memulakan semula perjalanan seninya.

Malah Apak bersedia bermula daripada bawah seperti membina nama Khalifah suatu ketika dahulu sehingga berjaya menc£tuskan fenomena dalam industri muzik tempatan.

"Saya akan fokus kepada projek baharu dan nama baharu iaitu K'APAK. Buat masa ini, Khalifah akan direhatkan dahulu kerana tiada penyanyi yang sesuai.

"Kita bermula daripada bawah semula. Kita cuba perlahan-lahan. Harap anda semua dapat menyokong K'Apak dan semoga ia terus mekar dalam industri muzik tanah air," ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat tetap memberikan sokongan kepada Apak dan mendoakan agar dia terus berjaya dalam perjalanan baharunya.

"Insya-Allah ada rezeki lain untuk Apak. Setiap yang berlaku mesti ada sebab, fikirkan yang p0sitif sahaja."

"Alamak, Apak dah sinonim dengan Khalifah, tapi tidak mengapa, nama lain pun ramai akan sokong.

"Lagu-lagu sentuhan Apak memang hebat, cuma lagu Baby Shima sahaja spoil," antara komen ynag ditulis netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: