"Sis pun banyak dah kumpul. Sesen duit anak-anak aku memang aku kutip hut@ng sampai licin segala bulu. Tunggu waktu kemuncak saya muncul.
"Sekarang bagi mereka seronok dulu. Janji Allah itu pasti. Yang terlibat, bersub@hat, menyokong dan ani@ya kami anak-beranak, saya tak pernah maafkan dunia dan akhirat."
Itulah kata pelakon Rita Rudaini, 50, menerusi perkongsian yamg dimuat naik di media sosial, dimana ia menjadi perhatian apabila lantang mengenai isu nafkah anak serta mendakwa sudah banyak mengumpul bukti.
Ujar Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, dia tidak pernah lupa untuk mengumpul bukti bagi menuntut hak nafkah dua anaknya yang didakwa masih belum dilunaskan oleh bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Dalam pada itu, Rita berkata, dia tidak pernah alpa menyimpan segala rekod pembayaran sebagai bukti tuntutan tersebut.
Berhubung perkara berkenaan, Rita dalam perkongsian itu menjelaskan, dia akan mengutip segala hut@ng serta memberi bayangan menunggu masa sesuai untuk bertindak.
Klik untuk gambar besar
Kata-kata Rita itu difahamkan bagi memberi respon kepada hantaran seorang individu berkenaan kisah jirannya suami culas nafkah serta menyimpan segala resit dan bukti perbelanjaan untuk tuntutan di masa akan datang dan apabila jumlah semakin besar.
Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut menyokong kenyataan pelakon itu untuk menuntut nafkah anak-anak.
Terdahulu, mahkamah memerintahkan Aidil Zafuan membayar RM3,000 sebulan bermula Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.
Untuk makluman, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008, namun sah bercerai pada 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 17, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 15 tahun.
KLIK DISINI UNTUK FOTO-FOTO LAIN
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment