Anak......... rindu.... AL FATEHA BUAT MU ANAK SOLEH, ANAK SYURGA KU ANDRE MIKHAIL BIN KHAIRIL IZHAR..❤️🩹"
Demikian luah pelakon Amyza Aznan, 50, menerusi media sosial, dimana dia berkongsi rindu yang sarat dirasai ketika ini terhadap anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail, 20, yang sudah seminggu 'pergi' buat selamanya.
Dalam perkongsian itu juga, Amyza yang turut menyertakan tanda pagar 'separuh jiwa ku pergi' itu memuatnaik hantaran video memaparkan arwah Andre menyanyi lagu 'Keluhan Perantau' nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.
Selain menitipkan Al-Fatihah buat anak tersayang, Amyza sekadar meluahkan kerinduan tidak terhingga dirasainya terhadap Allahyarham Andre.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sedih dan menitip doa buat arwah Andre, termasuk memohon Amyza terus bersabar menghadapi ujian besar itu.
"Sabar ya kak.... setiap kali teringat, akak terus sedekahkan Al-Fatihah. Semoga arwah tenang di sana."
Klik untuk gambar besar
"Allahuakbar... video macam ini jadi pengubat rindu seorang ibu."
"Seminggu dah arwah pergi... Al-Fatihah," itulah antara komen netizen di media sosial.
Sementara itu, Amyza menerusi hantaran lain pula, berkata, dia bukan tidak reda tetapi perasaan rindu itu yang kian menebal dan suk@r diungkap.
"Aku ikhlas, tapi rindu. Ramadan sudah di depan mata. Ya Allah.... aku rindu wajah yang tak bisa (boleh) ku tatap, senyum yang bisa ku lihat, dan aku rindu suara yang dulu sering aku dengar.
"Aku hanya rindu kepada orang yang telah Engkau panggil lebih dulu ya Allah..... Terangi kuburnya dan terimalah amal ibadahnya ya Allah," tulis ibu tiga cahaya mata lelaki itu pada hantaran berkenaan.
Pada 23 Februari lalu, Allahyarham Andre Mikhail yang bert@rung kans£r paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Jenazah anak sulung Amyza itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada Selasa lalu, jam 10.40 pagi yang dihadiri lebih 300 orang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment