01 March 2026

DIPERSOAL HAMIL ANAK KEDUA DALAM JARAK DEKAT SELEPAS BERSALIN SECARA PEMB£DAHAN - INI JELAS INTAN NAJUWA



"Untuk kehamilan kedua ini, pakar s@kit puan saya telah menilai keadaan dan mengesahkan bahawa tubuh saya telah pulih dengan baik serta layak dari segi perubatan untuk hamil sekali lagi.

"Setiap wanita mempunyai tubuh yang berbeza, dan proses pemulihan juga tidak sama bagi semua orang. Saya mengambil s£rius penjagaan selepas bersalin dan kesihatan saya untuk memastikan tubuh saya benar-benar bersedia."

Itulah kata pelakon Datin Intan Najuwa, 29, dimana dia tampil memberikan penjelasan susulan menerima pelbagai komen netizen berhubung jarak kehamilan keduanya yang dianggap terlalu dekat, memandangkan dia melahirkan anak pertama secara pemb£dahan Caesarean (C-section).

Klik untuk gambar besar

Ujar Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, dia tidak terburu-buru dalam membuat keputusan untuk hamil semula tetapi selepas mendapat pengesahan dan nasihat daripada pakar s@kit puan yang memantau tahap kesihatannya.

Sebelum merancang kehamilan kedua, Intan menjelaskan, doktor telah menilai keadaan fizikalnya dan mengesahkan tubuhnya telah pulih sepenuhnya serta berada dalam keadaan selamat untuk hamil semula.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Kekasih Paksa Rela' ini turut men£gaskan, proses pemulihan selepas pemb£dahan C-section dijalankan secara teliti dan berdisiplin.
Ini kerana kata Intan, dia memilih untuk tinggal lebih lama di hospital atas faktor keselamatan dan pemantauan kesihatan, walaupun kebanyakan ibu dibenarkan pulang selepas empat hingga lima hari.

"Pemulihan dan penjagaan selepas C-section saya diambil dengan sangat s£rius, ketat dan terperinci. Kebiasaannya, ibu dibenarkan pulang selepas kira-kira 4–5 hari, tetapi saya tinggal di wad selama dua minggu kerana suami saya mahu memastikan saya benar-benar pulih sebelum pulang ke rumah.

"Sepanjang tempoh itu, saya dipantau dengan rapi oleh pakar s@kit puan, pasukan perubatan dan ahli fisi0terapi bagi memastikan penyembuhan luk@ serta pemulihan dalaman berjalan dengan baik," tuturnya.
Intan dalam masa sama turut memaklumkan, dia mendapatkan khidmat dua penjaga yang tinggal bersamanya selama tiga bulan.

"Saya dijaga oleh dua orang penjaga berpantang yang tinggal bersama saya selama tiga bulan untuk memastikan proses pemulihan berjalan lancar dan sempurna.

"Pemakanan saya dikawal dengan ketat dan saya hanya diberikan makanan sihat yang kaya dengan nutrien, tinggi protein dan vitamin C untuk menyokong penyembuhan dalaman yang baik.
"Selepas kira-kira enam bulan, saya mula melakukan senaman ringan seperti pilates dan yoga secara perlahan-lahan untuk membina semula kekuatan serta menyokong pemulihan otot teras," katanya.

Pada Khamis lalu, Intan telah berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua, selain turut memuat naik foto imbasan kehamilan yang dipegang oleh anak sulungnya, Imane Lunara.

Untuk makluman, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Imane Lunara pada 15 Disember 2024.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: