09 April 2026

DAKWAAN NORISH KARMAN SEDANG KRIT1KAL BUAT NETIZEN MULA RAGU-RAGU



Menerusi media sosial, rata-rata netizen mula meluahkan rasa ragu-ragu selepas anak sulung kepada pelakon Norish Karman yang dikenali sebagai 'Manda' berkongsi keadaan ibunya yang didakwa sedang krit1kal di akaun Instagram dan Thr£ads pelakon itu.

Apa yang menambah keraguan orang ramai, tindakan individu mendakwa dirinya 'Manda' membuka akaun GoGetFunding untuk mengumpul dana bantuan kewangan, malah pertanyaan mengenai lokasi hospital tidak dijawab.

Lebih meragukan, ayat yang digunakan di GoGetFunding juga dilihat tidak teratur, seolah-olah ayat yang sering digunakan oleh 'sc@mmer' (pen1pu) dari negara jiran.

Dalam pada itu, anak Norish sehingga masih gag@l dihubungi menerusi panggilan telefon, WhatsApp, bahkan kiriman mesej di media sosial peribadinya dan juga ibunya.

Bukan itu sahaja, malah komen netizen di hantaran terakhir Manda, yang meminta penjelasan mengenai situasi sebenar juga tidak dibal@s.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, seorang lagi anak Norish iaitu Haqiem Aoki cuba dihubungi untuk meminta komen berkaitan keadaan ibunya yang didakwa krit1kal, selain meminta nombor telefon Manda.

Bagaimanapun, tinjauan ke media sosial Haqiem mendapati dia kini berada di Beijing, China.

Sementara itu, menerusi platform GoGetFunding, netizen yang bersimpati dengan keadaan pelakon itu mula menyumbang dan setakat jam 12 tengah hari ini, jumlah kutipan mencecah lebih RM900.

Sebelum ini, Manda menerusi media sosial Norish memuat naik hantaran pilu mengenai keadaan ibunya yang dikatakan sedang krit1kal sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Netizen diminta agar berhati-hati kerana 'sc@mmer' menggunakan pelbagai cara untuk melakukan pen1puan antaranya, mencvri identiti dan akaun media sosial orang lain untuk mencvri wang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: