"Saya anggap ini seperti jentikkan daripada Allah sebab Allah itu adil. Kadang-kadang Allah nak bagi rezeki, lepas tu tiba-tiba Allah jentik sikit nak tengok macam mana kita respon.
"Ini adalah secara umum, apabila kita sudah di atas, kita jangan berada dalam zon selesa. Kadang-kadang rezeki juga membawa kepada bal@ ataupun cab@ran. Jadi, kena sentiasa bersyukur dan bersedia."
Itulah kata penyanyi Aisha Retno, 26, di mana dia yang mahu terus bersikap p0sitif itu memilih untuk kekal tenang dan tidak ambil peduli berhubung hantaran Yuka Kharisma yang didakwa ditujukan kepada dirinya mengenai isu hut@ng sebelum ini.
Dalam pada itu, Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, menyifatkan situasi yang berlaku itu hanyalah sebagai ujian kecil buat dirinya.
Klik untuk gambar besar
Namun begitu, Aisha berkata, dia tidak teragak-agak untuk membawa perkara tersebut ke jalan undang-undang sekiranya ia terus berlarutan tanpa berkesudahan.
"Saya tidak ada komen sebab saya dengar ura-ura, individu berkenaan pun tidak menyebut nama saya. Dia tidak sal@h, mungkin dia hanya mahu luahkan apa yang terpendam. Jadi, saya tidak ada komen berkenaan perkara itu.
"Saya hanya mahu fokus kepada diri sendiri sahaja. Dan benda-benda seperti ini, mahkamah adalah jawapan yang terakhir kalau ia masih berpanjangan.
"Jadi, kalau nak menyal@k, silakan. Tidak mengapa. Yang penting, dia tidak menyebut nama saya," ujar penyanyi lagu raya yang paling trending, 'Jodoh Lebaran' itu.
Disamping itu, Aisha turut menjelaskan, dia tiada perancangan untuk mengadakan perbincangan bersama pihak berkenaan bagi menyelesaikan kem£lut yang melanda, sebaliknya memilih untuk menyerahkan urusan tersebut kepada pihak yang lebih pakar.
"Lagi sekali, saya tidak ada komen sebab semua ini di alam maya. Kita tidak pernah ada apa-apa perjumpaan ke apa. Jadi, saya tidak mahu nak respon macam mana. Jadi, biarkan pihak yang lebih arif untuk selesaikan mas@lah ini.
"Dan saya hanya akan teruskan kehidupan sahaja. Banyak lagi benda yang kena fokus iaitu Anugerah Juara Lagu, Puteri Gunung Ledang, Pesta Pora dan saya juga rancang untuk keluarkan album," tuturnya.
Sebelum ini, Yuka ada membuat beberapa hantaran di Thr£ads meminta seseorang membayar hut@ng yang tertangguh.
Meskipun tidak menyatakan nama individu dimaksudkan, namun ada netizen memetik nama Aisha Retno memandangkan mereka pernah mempunyai kolaborasi sebelum ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment