"Kami ingin membantunya dengan menghulurkan sedikit sumbangan. Zul bagaimanapun ada menghubungi saya dan menjelaskan situasinya setakat ini masih okay.
"Zul bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Karyawan kerana mengambil perhatian berkenaan nasibnya. Saya rasa bukan dia yang minta perhatian.
"Ada orang lain yang 'highlight' cerita ini, dia susah dan sebagainya. Bukan dia. Nampak dia pun tak berapa nak 'highlight' mas@lahnya dan nak privasi."
Itulah kata Presidenn Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez, di mana beliau menghormati pendirian pelakon Zul Yahya, 53, yang enggan menerima sumbangan bagi meringankan mas@lah kewangan yang dihadapinya.
Jelas Freddie, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, adalah antara ahli terawal Karyawan apabila persatuan ini ditubuhkan pada 2000.
Klik untuk gambar besar
"Saya ada bercakap dengannya kalau perlu apa-apa bantuan, beritahu sahaja. Dia jawab okay dan tentu, jadi saya rasa dia bukan minta sesiapa tolong pun.
"Tapi bila ada cerita yang keluar saya tengok dan hubungi dia, jawapannya begitu. Kita tunggulah, kalau dia perlukan bantuan, Karyawan sedia untuk membantu.
"Kalau dia tak perlu (bantuan), kita hormat keputusannya dan berharap hidupnya dan bisnesnya lebih maju pada masa akan datang," tuturnya.
Terdahulu, kisah kesusahan pelakon filem 'MX3' itu tular apabila seorang warganet, Azrul Hanaffi berkongsi apabila perniagaan yang diusahakan Zul kurang stabil mengakib@tkannya berdepan mas@lah kewangan yang t£ruk.
Dakwa Azrul, Zul berkongsi luahan perasaan di Live TikT0k nya, di mana katanya, perniagaan di pr£mis makanan yang diusahakannya sedang berdepan mas@lah.
Susulan itu, ekonomi Zul dan keluarganya juga terjejas sehingga terpaksa keluar dari kediaman mereka dan tinggal di premis terbabit berikutan tidak mampu menjelaskan bil.
Ia mengakib@tkan keluarga Zul terpaksa tidur di kedai dan bil elektrik rumah tertunggak sekali gus bercadang mahu mencari tempat lain yang ramai orang, tetapi modal pula tidak mencukupi.
Pend£ritaan Zul bagaimanapun mendapat perhatian usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang menawarkannya untuk menjual pr0duk keluarannya di live TikT0k sejak malam tadi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment