"Saya kini aktif menyanyi secara langsung di TikT0k. Terus terang saya cakap kalau menyanyi di TikT0k pendapatannya bergantung kepada gift pemberian peminat.
"Saya ada saja menyanyi tetapi tidaklah di platf0rm besar seperti stesen televisyen dan acara besar.
"Saya diajar untuk tidak meng£luh. Cuma perkongsian saya di Thr£ads sebelum ini hanya untuk memaklumkan kepada semua saya masih lagi menyanyi kalau ada yang mahu memberi tawaran kerja."
Itulah kata penyanyi Nita Hamzah, 46, di mana dia memilih TikT0k sebagai platform untuk terus berkarya, selain mencari sumber pendapatan selepas sekian lama tidak muncul di pentas besar.
Jelas Nita, dia kini aktif membuat persembahan secara langsung di aplikasi berkenaan dan pendapatannya bergantung kepada hadiah (gift) yang diberikan peminat.
Klik untuk gambar besar
Nita sebaliknya menganggap peluang tersebut sebagai sal@h satu bentuk rezeki yang hadir selepas dirinya berhijrah dan mengenakan hijab.
"Semenjak saya berhijrah (berhijab) ini, saya tak cakaplah saya baik tetapi lebih kepada berserah saja. Kalau ada rezeki untuk saya, Alhamdulillah.
"Mungkin ada sesetengah orang cakap tak malu ke menyanyi di TikT0k, 'd0wngrade' kerjaya saya. Bagi saya, ia bukan tentang 'd0wngrade' tetapi semuanya adalah satu rezeki.
"Saya percaya rezeki datang dalam pelbagai cara, mungkin asbab ada Tikt0k bolehlah saya cari rezeki daripada saya terus senyap memang takkan ada orang nampak bakat saya lagi," tutur naib juara Malaysian Idol musim kedua ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment