Sekitar pukul 5.30 petang Rabu, pelakon Kamarool Yusoff atau mesra disapa Cik Man, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun di Hospital Tanah Merah, Kelantan.
Berita duk@ itu dikongsikan rakan artisnya, Amir Raja Lawak, di mana pelawak itu memaklumkan, dia menerima berita pemergian Allahyarham daripada anak pelakon berkenaan.
"Iya, Cik Man sudah meninggal dunia. Anak dia maklumkan. Saya masih dalam perjalanan ke hospital," jelasnya.
Klik untuk gambar besar
Cik Man dilaporkan berada dalam keadaan krit1kal dan belum sempat menerima rawatan susulan.
Untuk info, Allahyarham Cik Man merupakan seorang pelakon veteran yang cukup dikenali dan memulakan kerjaya seni sekitar tahun 1986.
Allahyarham membintangi puluhan filem dan drama sepanjang penglibatannya dalam industri seni, antaranya 'Gil@-Gil@ Remaja', 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' dan 'Rock Oo'.
Gelaran Cik Man mula diberikan kepada Kamarool selepas beliau membintangi rangkaian filem 'Rock'.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment