11 August 2026

DAPAT TAWARAN BERLAKON SINETRON 600 EPISOD - AZREL ISMAIL LUAH RASA TERUJA & BERSYUKUR, BERI BAYANGAN BAKAL MENETAP LAMA DI JAKARTA, INDONESIA



"Mestilah saya gembira dan bersyukur bila dapat tawaran macam ini (berlakon sinetron). Ia sesuatu yang membuatkan saya teruja, terutama apabila dapat kembangkan kerjaya ke luar Malaysia.

"Saya hargai setiap peluang yang datang. Saya anggap ia sebahagian daripada perjalanan untuk terus berkembang dan cabaran bagi diri saya sebagai seorang pelakon."

Demikian kata pelakon Azrel Ismail, 42, di mana dia meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila diberi peluang untuk terlibat dalam sebuah tawaran berlakon sinetron di Indonesia.

Klik untuk gambar besar

Azrel yang turut berkongsi khabar gembira tentang perkara tersebut menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Thr£ads miliknya, berkata, tawaran tersebut juga menjadi peluang untuk dia terus mengembangkan kerjaya seni di luar Malaysia.

Selain itu, Azrel dalam masa sama turut memberi bayangan dia bakal menetap di Jakarta, Indonesia untuk tempoh yang lama bagi menjalani penggambaran.
"Saya dapat tawaran penggambaran di Indonesia, tapi kena tinggal dan boleh dikatakan pindah ke Jakarta. 600 episod, hello Jakarta," ujarnya dalam hantaran berkenaan.

Bagaimanapun, Azrel tidak boleh mendedahkan secara terperinci tentang butiran sinetron berkenaan dan tarikh dia bakal memulakan penggambaran.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: