"Buat masa ini saya tidak ada mengenali hati budi mana-mana lelaki. Saya rasa seperti dah kembali ke zaman dahulu, di mana saya menerima mesej yang aneh-aneh di media sosial.
"Ada yang cuba nak berkenalan, ada yang hantar gambar tak sen0noh, ada juga saya dapat DM yang kata suaminya nak dengan saya.
"Saya macam pelik, kenapa ni tapi saya abaikan saja sebab biasalah dari dulu lagi memang pernah dapat mesej yang bukan-bukan.
"Sekarang ini saya hanya nak menyanyi, cari duit. Tak perlu nak layan perkara-perkara remeh seperti itu."
Itulah kongsi penyanyi Zizi Kirana, 41, di mana dedahnya, dia menerima pelbagai mesej peribadi (DM) yang pelik di media sosial selepas kembali solo susulan perceraian dengan pelakon Yusuf Baharin.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Zizi men£gaskan, menjadi isteri kedua atau bermadu adalah perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya.
Ini kerana kata Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, dia kini mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap kerjaya.
"Saya tak mahu, mana boleh. Dalam kepala saya memang tak fikir fasal cari jodoh kerana mahu kembali fokus untuk berkarya.
"Saya tak boleh nak kata sudah menutup pintu hati kerana hati ini Allah yang pegang. Setiap hari saya berdoa ya Allah Engkaulah yang memegang hati ini, Engkau saja yang tahu apa yang terbaik," jelasnya.
Disamping itu, Zizi turut mengulas soal mencari pasangan baharu, di mana maklumnya, dia tidak menganggap dirinya tr@uma dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga sebelum ini, sebaliknya memilih untuk reda dengan ketentuan Allah.
"Saya bukan tr@uma tetapi perkara yang berlalu biarkan berlalu. Jangan patah balik. Kalau nak kata berhati-hati cari pasangan, memanglah perlu tapi apa pun saya memang tak terfikir lagi untuk mencari pengganti," ulasnya.
Untuk makluman, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sah bercerai pada 2 April lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment