13 February 2008

PC Senario The Movie - episod 1


SIARAN AKHBAR:

Metrowealth (MIG) kini tampil dengan filem terbitannya yang ke 27. Filem pertama untuk tahun 2008 ini memaparkan sebuah filem bergenre komedi rakyat menampilkan kumpulan lawak terkenal nombor 1 Malaysia iaitu Senario. Senario The Movie Episod 1 ini diarahkan oleh pengarah yang tidak asing iagi, Ahmad Idham, Buat julung kalinya filem Senario diterbitkan oieh syarikat luar daripada kumpuian Media Prima.

Dianggarkan menelan kos pembikinan dan promosi sebanyak RM1.5 juta, Senario The Movie Episode 1 ini akan menjalani pengambaran di sekitar Lembah Kelang, Kedah dan Perak. Lokasi dipilih bagi menghidupkan jalan cerita dimana ia mengisahkan kehidupan realiti anggota Senario iaitu Azlee, Wahid dan Mazlan sebelum mereka menjadi

terkenal. Itulah yang menjadi keistimewaan filem Senario kali ini adalah apabila ia cuba membongkar kehidupan sebenar ahli kumpuian Senario ini sebelum mereka menjadi popular. Kita mungkin kenal mereka selepas popular tetapi apakah pekerjaan dan kehidupan sebenar mereka sebelum itu belum pernah dipaparkan lagi di mana-mana filem atau program televisyen.

Bagi memantapkan penceritaan filem ini, beberapa pelakon hebat tanah air diundang khas untuk menjayakannya seperti Fauziah Nawi, Zul Huzaimi, Julia Hana, Piee, Zaibo, Illya, Ropi Cecupak, Osman Kering, Eizlan Yusoff dan Shamsul Ghau-Ghau.

Sehingga kini kira-kira lebih 50% kerja-kerja pcngambaran sudah berjaya dihabiskan bermula 2 Februari lalu di sekitar Lembah Kelang manakala selebihnya akan dilakukan di Kedah dan Perak. Sehingga hari ini, segala kerja-kerja pengambaran berjalan dengan lancar.

Perkembangan lain, MIG akan tampil dengan filem seram terbaru berjudul Congkak yang akan ditayangkan pada 17 April 2008 arahan Ahmad Idham, I'm iNot Single,

filem kedua arahan Pierre Andre sudah berjaya disiapkan manakala filem BS21: Brainscan arahan Ahmad Idham dan Selamat Pagi Cinta arahan Norliana Samsudin dalam peringkat pos-produksi.




SINOPSIS:


Filem ini mengisahkan pengembaraan 3 sahabat untuk mencapai citacita menjadi bintang. Mazlan. Azlee dan Wahid datang dari kampong dan negeri yang berbeza. Tujuan mereka tanya satu iaitu menghadiri uji bakat di Kuala Lumpur dan menjadi pelawak terkenal tanah air.

Malangnya, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka hadapi untuk mencapai impian tersebut.

Paling mengharukan apabila tibanya mereka di Kuala Lumpur, mereka telah ditangkap pihak polis kerana wajah mereka saling tak tumpah dengan wajah kumpulan perompak bersiri yang menjadi buruan pihak polis.

Mereka amat bimbang kerana uji basat semakin hampir Sedangkan merela masih lagi di lokap. Persiapan persembahan masih lagi belum dilakukan.

Apabila mereka dibebaskan, bermacam-macam lagi halangan menanti seperti tidak membenarkan mereka menghadiri uji bakat tersebut.

tetapi, berkat kesabaran dan ketabahan mereka mengejar cita-cita, mereka berjaya sampai ke tempat uji bakat TETAPI....

Dapatkah mereka menyertainya dan berjayakah mereka mencapai impian?

Segalanya bakal terjawab nanti…

Filem ini adalah Arahan Ahmad Idham.


VIDEO:



GAMBAR SIDANG MEDIA DI LEMON RESTORAN, SELAYANG











No comments: