26 April 2008

PELANCARAN BUKU FILEM2 P.RAMLEE

Kuala Lumpur: 26 April -
Mustafar A.R. dan Aziz Sattar mengambil masa hampir 20 tahun untuk menyiapkan buku filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sebelum buku itu selamat dilancarkan di Restoran Saloma, Jalan Ampang, hari ini. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Dato' L.Krishnan, iaitu penerbit yang bertanggungjawab membawa P.Ramlee ke dunia perfileman.

"Masa saya mahu ambil P.Ramlee berlakon dulu, pihak Shaw Brothers telah mempertikaikan tindakan saya kerana tidak yakin pemuda berjerawat dan bertubuh kurus itu mampu menjadi pelakon. Tapi bila saya beri jaminan, akhirnya pihak Shaw telah bersetuju dan hasilnya P.Ramlee kini telah menjadi lagenda negara," ujar L.Krishnan dalam ucapannya.

Sementara Aziz Sattar pula dalam ucapannya menceritakan bagaimana P.Ramlee dihormati oleh orang Jepun apabila dia pandai bercakap, menulis dan membaca dalam bahasa Jepun. Katanya ketika itu dia melihat Jepun tersebut menganggukkan kepalanya sambil tunduk hormat pada P.Ramlee.

"Selalunya kita kena hormat orang Jepun, tapi sebaliknya Jepun pula kena hormat pada P.Ramlee sebab kagum dengan kepandaiannya bertutur dalam bahasa Jepun," ujar Aziz berseloroh.

Buku setebal 358 muka surat itu buat permulaan dicetak sejumlah 1,000 naskhah dan ditaja sepenuhnya oleh peminat P.Ramlee sendiri. Difahamkan peminat yang enggan namanya didedahkan itu menyumbang RM15,000 untuk tujuan percetakan. - myartis


Muka hadapan buku filem-filem P.Ramlee



Aziz Sattar, penulis bersama buku Filem2 P.Ramlee




S. Shamsuddin, turut hadir



GAMBAR-GAMBAR SETERUSNYA: KLIK DI SINI..!!


VIDEO KLIP MAJLIS PELANCARAN:




TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI...!!

.
.
Photo & Video copyright myartis 2008
.
.

No comments: