06 May 2008

GANG STARZ 2008

12 kumpulan yang terdiri daripada D'Reborn (indonesia), D'Raz (indonesia), Paragon Child (Philippines), Brown Tone (Singapore), South Trio (Malaysia), Step (Thailand), PSG (Thailand), Faith (Singapore), 3.5 (Philippines), Akasia (Malaysia), One Nation Emcees (Malaysia) dan 3 Voices (Indonesia) bakal berentap dalam rancangan Gang Starz terbitan TV3 bermula Ahad ini jam 9.00PM.

Majlis Sidang akhbar bagi memperkenalkan 12 kumpulan yang bertanding itu telah berlangsung di Kompleks One Utama, Damansara. Turut hadir dalam majlis itu ialah Dato' Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif TV3 yang menyifatkan kesemua kumpulan kali ini mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.

"Kami gembira kerana usaha TV3 mengetengahkan program ini terbukti membuahkan hasil apabila lebih ramai bakat baru dari pelbagai negara Asia mencuba nasib mereka. Malah hadiah wang tunai US$100,000 serta berpeluang menjadi artis rakaman telah melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru yang hebat," ujarnya.

Gang Starz bakal dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi iaitu Fara Fauzana dan Faizal tahir.










22 KEPING GAMBAR LAIN: SILA KLIK DI SINI..!!






TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    video copyright myartis 2008

No comments: