30 April 2011

GAMBAR NIKAH ZED ZAIDI...

Kalau dah jodoh tak ke mana..!

Begitulah kesimpulan yang dapat digambarkan tentang perkenalan dan pertemuan pelakon kacak Zed Zaidi dengan isterinya Natalia Mustafa Kamal, 28 tahun, hanya melalui Facebook. Bak kata orang tua, ikan di laut... asam di darat, dalam periuk bertemu jua.

Semoga mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya... Amin...!


Klik untuk imej besar...















Photo kredit: Khalid Afifi

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

28 April 2011

BAYI ARWAH FAIZAL YUSUF...

Kesedihan peminat seni atas pemergian Arwah Faizal Yusuf baru-baru ini akibat serangan jantung akhirnya terubat jua. Isteri Faizal, Rosemunira Rashid yang ketika itu sedang mengandung selamat melahirkan bayi lelaki pada 23 april lalu.

Lebih menarik, bayi tersebut amat iras dengan wajah arwah faizal. Jom kita lihat...


KLIK UNTUK IMEJ BESAR...














(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

26 April 2011

GAMBAR PERTUNANGAN ASHRAF MUSLIM..

Semoga tercapai hasrat untuk ke jinjang pelamin nanti... insa'Allah...


Klik untuk imej besar...












GAMBAR-GAMBAR LAIN... KLIK DI SINI..


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

23 April 2011

ERRA FAZIRA TERKINI...

Memang nampak seperti ada sedikit perubahan pada penampilan dan wajah Erra sekarang. Beliau nampak lebih matang dan berkeyakinan. Namun dalam senyap-senyap... sebenarnya ada juga yang menuduh dan mendakwa Erra melakukan sesuatu pada wajahnya. Betul ke? Allahualam... mungkin kerana solekan atau sudut gambar itu di ambil yang membuat Erra nampak lain khot..??


Klik untuk imej besar...









* Gambar di ambil dari Facebook

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

19 April 2011

BAKAL TUNANG ASHRAF MUSLIM..??

Mungkinkah gadis ini bakal tunang Ashraf Muslim?

Menurut sumber, gadis ini bernama Noor Dayana. Beliau adalah anak kedua dan bekas pelajar perubatan di University Manipal, Melaka. Bukan setakat beliau sahaja yang berminat dalam bidang perubatan, malah adik beradik beliau juga didakwa mempelajari bidang yang sama dalam kajian kanser di university Australia.

Noor Dayana dikatakan mempunyai kaitan yang rapat dengan rakan kongsi Ashraf Muslim dalam klinik perubatan Islam iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah. Jika benar gadis ini pilihan Ashraf, maka bertuahlah Ashraf kerana bakal memiliki tunang dan bakal isteri yang berpelajaran tinggi.

Tapi jika bukan... maaf dipinta kerana gosip ini sememangnya sudah lama berputar dikalangan peminat Ashraf sendiri yang dahagakan informasi. Allahualam...


Klik untuk imej besar...


Manis dan ayu...







(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

11 April 2011

KAY... BEKAS ISTERI SUDIRMAN

Setelah puas berteka-teki dan mencari, kini ramai yang amat yakin bahawa seorang ibu yang bernama Kamariah Jamaludin, 57, merupakan bekas isteri Sudirman Haji Arshad yang menghilang diri tanpa berita sejak penceraian mereka pada 25 Mei 1984. Apa yang membuat keyakinan tersebut bertambah menebal ialah ciri-ciri, pendidikan dan latarbelakang Kamariah yang hampir 99 peratus sama.

Beliau lahir pada tahun 1954 iaitu sama tahun dengan arwah Sudirman, Bersekolah di Primary School di Mentakab, Methodist Girls Secondary School dan Sekolah Sultan Abu Bakar di Kuantan, Pahang. Lebih menguatkan fakta, beliau juga mempunyai Bachelor’s degree, majoring dalam Anthropology dan Sociology daripada University Malaya apabila berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1974. Malah beliau juga pernah bekarja di Petronas sebagai seorang eksekutif.

Namun apa yang menjadi persoalan sekarang, kenapa beliau mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengakui sebagai bekas isteri penyanyi terkenal itu? Apakah beliau malu? Tidak mahu dituduh sebagai mengambil kesempatan @ menumpang populariti? Ada rahsia besar antara dia dan Sudirman? Atau mungkin ada sesuatu yang sukar untuk beliau jelaskan kepada seluruh peminat Sudirman?

Apapun alasan tersebut, kita seharusnya tabik dan menghormati pendirian beliau yang merendah diri demi maruah semua pihak. Bak kata pepatah, seperti buah padi, makin berisi makin rendah, jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi. Ini kerana, masanya mungkin akan tiba jua untuk beliau sendiri menjelaskan dan menceritakan siapa diri beliau yang sebenarnya termasuk rahsia yang beliau simpan selama ini. Insa'Allah..!


Sedikit bio Kamariah Jamaludin yang diambil daripada laman web beliau:

Kamariah Jamaludin was born, bred and educated in the state of Pahang. She respectively attended the Abu Bakar Primary School in Mentakab and the Methodist Girls Secondary School and Sultan Abu Bakar School in Kuantan, Pahang. In 1974, she finally left her beloved home-state for Kuala Lumpur to pursue her Bachelor’s degree, majoring in Anthropology and Sociology at the University of Malaya.


Kamariah sekarang?
Klik untuk imej besar...





Inikah Kay?









Sedikit mengenai kisah Sudir dan Kay...

PERCINTAAN dan perkahwinan dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay adalah sesuatu yang indah buat Sudirman Haji Arshad.

Sudirman pernah memberitahu sahabat baiknya, pelakon dan penyanyi Noorkumalasari bahawa Kay adalah wanita pertama dan terakhir yang dicintainya. Mereka disatukan pada Hari Valantine - 14 Februari 1981 selepas Sudirman menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Kay yang bekerja di Petronas adalah pilihan hati Sudirman yang dikenali sejak kecil lagi.

Pastinya berita perkahwinan mereka diterima baik peminat kerana percintaan mereka bukan rahsia lagi.



Bagaimanapun, takdir menentukan segalanya apabila mahligai cinta yang dibina dengan kasih sayang roboh bak istana pasir dilanda ombak. Perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.

Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, 2 perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.



Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya Terasing dan Merisik Khabar, malah beliau turut mencipta lagu Setiamu Tiada Lagi dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.

Sahabat baik Sudirman, penyanyi Noorkumalasari dalam catatan mengenai Allahyarham yang disiarkan dalam Harian Metro pada 1992 berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. “Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.

Sewaktu hampir berpisah dengan Kay, Sudirman menelefon Noorkumalasari supaya dapat menjadi saksi ketika dia melafazkan cerai. Noorkumalasari bersama-sama bekas suaminya ketika itu bergegas ke rumah Sudirman di Bangsar.

Noorkumalasati berkata "Suasana malam itu begitu sayu menjelang perpisahan mereka. Kedua-duanya kelihatan seperti biasa. Sebaik cerai dilafazkan, mereka tiba-tiba bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung lagi, lalu kedua-duanya berpelukan. Begitu sayu menyaksikan peristiwa itu."

Noorkumalasari tidak dapat menahan sebak, seterusnya turut menangis sama. Sudirman, katanya, ketika itu berada dalam keadaan tidak tentu arah. Siapa sangka percintaan yang mereka pupuk sekian lama berakhir dengan cara begitu. Namun, Noorkumalasari memuji caranya yang begitu gentleman.



Noorkumalasari berkata lagi : "Sejak perpisahan itu jugalah, timbul semacam perubahan pada diri Sudir. Peminatnya mungkin tidak perasan mengenai perubahan ini. Tetapi di kalangan rakan artis, apatah lagi mereka yang rapat dengannya, perubahan diri Sudir itu jelas ketara.

"Percayalah kalau Noor katakan, meskipun di antara Allahyarham dan Kaytiada sebarang ikatan, namun Allahyarham masih terus menyarung cincin perkahwinan mereka. Noor sendiri kehairanan mengapa Allahyarham bersikap begitu?"

Noorkumalasari ada menasihati Allahyarham agar menerima hakikat hidup. "Payah juga hendak dilentur, tetapi lama kelamaan, jika tidak silap Noor di antara dua atau tiga tahun, barulah Allahyarham menanggalkan cincin itu daripada jarinya," cerita Noorkumalasari lagi.


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

10 April 2011

REDZUAN HASHIM MASIH HOT...

Dengan siapakah saudara Redzuan Hashim kita ni berpelukan dan kelihatannya amat mesra? Adikkah? Anakkah? Atau mungkin agaknya teman tapi mesra? Namun apa yang pasti, hidup sebagai selebriti sememangnya sering menjadi perhatian umum... dan perbuatan mereka itu selalunya tidak akan terlepas daripada gosip dan prasangka buruk.


Klik untuk imej besar...








(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

08 April 2011

LIYANA JASMAY DI MEKAH...

Dalam sibuk dengan kerjaya seni, Liyana Jasmay sempat membahagikan masa untuk ke Tanah Suci Mekah bagi melakukan umrah. Mungkin dengan cara begini, Liyana akan lebih tenang dan mampu muhasabah diri dalam menempuh kehidupan yang penuh ranjau berduri ini.

Kerana jika kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu. Namun sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih. Renung-renungkanlah...!!

Klik untuk imej besar...


















Photo kredit: Firdaus Ibrahim


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

06 April 2011

JEZAMINE LIM MASIH SEKSI??

Kecoh seanterio alam apabila Isteri Harith Iskandar dikatakan bergambar seksi. Malah kaki gosip dan kaki kutuk di internet turut tersenyum lebar apabila mendapat bahan bicara yang mampu membuat blog dan laman sembang mereka panas...

Malah ayat Jezamine Lim isteri Harith: "i follow my heart to happiness" yang terpampang di muka depan majalah terbabit seolah-olah menjadi bahan ejekan segelintir pihak. Kata mereka, mengapalah Harith tidak membimbing isterinya ke jalan yang lurus hingga sanggup membiarkannya beraksi begitu.

Bagaimanapun, sebagai seorang muslim... kita harus beri peluang pada Harith untuk mengubah isterinya secara slow and steady. Mungkin beliau mempunyai cara tersendiri untuk mendidik isterinya itu yang baru sahaja memeluk Islam (ketika berkahwin) secara berhemah.

Dalam hal ini, moga Allah membuka hati Jezamine untuk mendalami ajaran Islam dan sekaligus mengubah gaya hidupnya. Amin...!!


Berikut adalah petikan daripada Majalah Shape keluaran April 2011:
Bubbly and playful, Dr. Jezamine Lim Iskander exudes a lovable, Malaysian girl-nextdoor charm. Not just a pretty face, this doctor, model, wife to comedian Harith Iskander, and now entrepreneur, is the face behind Samsaraa— one of the newest restaurants in Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. This multi-tasking wonder woman of Chindian heritage, and hubby Harith took time out from their busy schedules for Jezamine’s Shape cover shoot, and to spill all on how they survived their eventful journey to the altar.






(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

05 April 2011

AKSI ANAK AKTRES YANG MEMALUKAN...

Anak aktres manakah ini?

Menurut gosip sebuah akhbar, gadis ini merupakan anak kepada seorang aktres terkenal tahun 1990-an. Difahamkan anak gadis ini mendapat pendidikan di sebuah sekolah antarabangsa terkemuka, dan yang memeranjatkan umurnya baru 14 tahun ketika gambar-gambar ini diambil.

Menurut wartawan dalam ruangan gosip itu lagi, anak gadis ini merupakan anak kepada seorang aktres yang pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berstatuskan VIP pada tahun 1997.

Jika benar, nauzubillah min zalik. Moga anak gadis tersebut cepat-cepat bertaubat manakala ibunya yang bergelar aktres itu juga dapat membimbing anak gadisnya ke jalan yang lurus dan diberkati Allah. Ingatlah... hidup ini bukan selamanya...


Klik untuk gambar besar...








(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011