Showing posts with label gambar hangat. Show all posts
Showing posts with label gambar hangat. Show all posts

04 February 2020

HARAP SAJAT, IBU BAPANYA KEMBALI KE PANGKAL JALAN - SEPUPU


Isu Nur Sajat yang berpakaian wanita ketika menunaikan umrah hangat diperkatakan oleh netizen termasuk jadi perhatian kerajaan Arab Saudi. Dia bukan hanya disifatkan mempersendakan agama, malah didakwa mencemarkan Tanah Suci dengan pakaian bertelekongnya.

Bukan kalangan rakyat Malaysia sahaja yang megambil berat isu ini, malah ahli keluarga terdekat Sajat turut merayu agar Sajat dan ibu bapanya kembali ke pangkal jalan. Seorang wanita yang mendakwa sebagai sepupu Sajat telah mengingatkan ibu bapa Sajat bahawa anak mereka itu lelaki bukannya wanita.

Meskipun ibu bapanya menyokong perkara yang salah, namun sepupunya itu tidak akan bersubahat mengenai perkara itu. Kata mereka lagi, moga pihak atasan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut.



Dalam hal berkaitan, agensi pelancongan yang membawa Sajat menunaikan umrah menafikan mereka bersubahat dalam kontroversi ini. Dakwa mereka, usahawan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar dan turut mengemukakan dokumennya sebagai lelaki, bukannya seorang khunsa.


06 August 2019

LAUNGAN AZAN IRINGI PEMERGIAN ERRA TUNAI HAJI


Erra Fazira akhirnya selamat berangkat ke tanah suci, bagi mengerjakan haji setelah memendam hasrat untuk melakukannya lebih lima tahun lalu.

Erra dikatakan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama jemaah lain.



22 September 2016

BILA NETIZEN BUAT 'CSI' PADA GAMBAR PANAS PELAKON



Meskipun pelakon wanita yang dikaitkan dengan gambar panas baru-baru ini menafikan yang gambar tersebut adalah dirinya, namun entah kenapa ramai yang masih tidak mempercayai pengakuannya itu.

Lebih gempak, terdapat netizen yang telah membuat CSI sendiri terhadap gambar tersebut yang didakwa membuahkan hasil memeranjatkan.



25 April 2014

LAGI GAMBAR HANGAT ANAK DATO' SHEILA MAJID



Jika baru-baru ini, Dato’ Sheila Majid memberi komen menarik mengenai kontroversi yang mengaitkan anak gadisnya, Kayda Aziz... namun terbaru tersebar pula gambar lain yang memperlihatkan anak gadisnya dicium dan mencium jejaka bukan muhrim.

Dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan ibu bapa semata-mata, anak juga seharusnya memainkan peranan murni dalam pergaulan. Kerana sebagai manusia berakal, kita pastinya tahu mana yang baik dan mana yang memberi kesan buruk pada keluarga, agama dan diri sendiri. Tak gitu?



08 November 2013

GAMBAR MENARIK SANA SINI


"Amboi, mak dengan anak dah macam sebaya. Maintain gitu," demikain komen seorang peminat Rozita Che Wan mengenai gambar anaknya yang mengambil peperiksaan SPM.

Manakala yang lain pula berkata, "Meletop dapat mak gini".


25 July 2012

12 GAMBAR - ARTIS WANITA BERSERONOK DI PARTI LUCAH?


Gambar seorang artis wanita yang didakwa oleh pengirim email menghisap ganja, bergambar tidak senonoh dan menghadiri parti tidak bermoral ala-ala tiger show. Siapakah artis yang dimaksudkannya itu? Tepuk dada tanya selera...!

Ikhlasnya, Myartis tidak mahu bikin panas atau menambah dosa di bulan mulia yang penuh keberkatan ini. Anggaplah kemungkinan gambar-gambar ini sekadar gambar 'super impose'. Heh!



14 April 2012

GAMBAR IKHWAN HOT FM BERSOSIAL?


Gambar ini didakwa gambar Ikhwan Hot FM sedang bersosial di 9MM, The Zon Johor Bahru. Difahamkan, ia dirakam secara curi oleh seorang pengunjung yang sedang meraikan hari jadi rakannya di situ.

Dalam hal ini, mungkin Ikhwan secara kebetulan berada di tempat tersebut atas urusan peribadi atau mahu bertemu rakan. Namun dalam dunia hiburan, pelbagai spekulasi boleh timbul tambah-tambah apabila Ikhwan berdamping dengan wanita berbaju 'tembus'.

Rasa-rasanya boleh tak Kak Propa buat gosip dalam Galaksi nanti?

Klik untuk imej besar...


24 January 2012

MANOHARA BERSOSIAL LAGI..??


Manohara Odelia Pinot, isteri yang didakwa ingkar/nusyuz‎ kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra hingga diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar sejumlah RM6 juta pada 2010, didakwa bersosial lagi hingga tersebarnya gambar-gambar tidak senonoh.

Jika benarlah keaslian gambar-gambar tersebut, dapatlah kita tafsirkan bahawa sikap liar beginilah yang membuat Manohara tidak layak menjadi seorang isteri yang taat. Sehubungan itu, tuntutan Tengku Muhammad Fakhry terhadap Manohara beberapa tahun lalu adalah tepat bagi mengembalikan hak dan maruahnya sebagai seorang suami.

Bagaimanapun, Manohara yang ditemubual media Indonesia menafikan ada beraksi tidak senonoh seperti itu. Dakwanya ada pihak yang sengaja mahu memburukkannya dan sekaligus mencalit arang ke muka dia dan ibunya.

Super impose? - Klik untuk imej besar...


22 November 2011

WAJAH 'SUAMI' SYELLA KAMARUDDIN


Setelah puas berteka-teki apabila segelintir blogger enggan mendedahkan wajah suami Syella Kamaruddin atas 'permintaan' artis itu sendiri, akhirnya seorang insan telah menghantar sekeping gambarnya melalui email.

Meskipun identiti suami Syella yang bertaraf jutawan itu masih belum dikenal pasti, namun ia sudah memadai bagi kami yang hanya makan roti canai 'banjir'.

Istimewa untuk pelawat myartis... jom kita tatap wajah yang menimbulkan kontroversi ini apabila Syella terpaksa bersanding seorang diri. Pada Syella, maaf... sebab kami tiada apa-apa perjanjian dengan anda! Bak kata Amir Raja Lawak, "I'm sorry..!!"

Siapakah gerangannya..??
Jawapannya selepas anda klik link di bawah..


09 November 2011

POSE 'BERANI MATI' ZARINA ANJOULIE DI FHM


"Tak cuma musik rock melayu ala search yang kita impor dari Malaysia. Zarina datang dan dia ingin tinggal di sini untuk menyenangkan Anda. Dan berpose seksi adalah salah satu cara yang dipilihnya!" lapor majalah FHM edisi Indonesia keluaran Oktober 2011 mengenai posing 'maut' Zarina Anjoulie Lavocah yang pernah menggemparkan industri seni kita dengan gambar-gambar 'terlampaunya'.

Mungkinkah aksi seperti itu sudah basi di sini hingga mahu diimportnya pula ke Indonesia? Apakah Zarina masih tidak insaf atau tidak serik dengan pelbagai kontroversi yang melandanya selama ini?

Klik untuk imej besar...


08 November 2011

LAGI GAMBAR-GAMBAR 'JANDA' DI PULAU TIOMAN??


Gempar... beberapa keping gambar yang didakwa sebagai 'janda anak satu' bercuti di Pulau Tioman tiba-tiba terlepas daripada simpanan peminat. Dakwa satu sumber, peminat tersebut secara tidak sengaja telah memuat naik foto-foto itu yang memaparkan pelakon janda sedang berbikini.

Ia dipercayai dirakamkan secara tidak dirancang apabila peminat tersebut terserempak dengan janda yang kononnya dalam percutian di Pulau Tioman sekitar pertengahan Oktober lepas.

Bagaimanapun, myartis tidak dapat mengesahkan tentang kesahihan gambar tersebut apakah ia benar-benar janda yang dimaksudkan. Dalam hal ini, ia mungkin sekadar 'pelanduk dua serupa' atau secara kebetulan sahaja.

Sebagai peminat industri seni... anda yang tentukan... Tak gitu??

Rock yeahaaa..!! Klik untuk imej besar...


05 November 2011

GAMBAR ARTIS 'JANDA ANAK SATU' CIUM MULUT


Gambar artis janda anak satu yang sedang bercium mulut dengan lelaki Melayu di Kampung Salang, Pulau Tioman, Pahang ketka mereka melakukan aktiviti diving di sana. Bukan setakat bercium mulut, malah mereka juga menyambut Halloween dengan memakai tanduk syaitan sambil minum arak.

Gosip ini dikatakan sudah lama berlaku, tetapi gambarnya baru sahaja didedahkan dalam Galaksi di TV9 oleh wartawan gosip Kiah Propa. Kelasss kau kiah..!

"Ini gambornya... gambor asli tau, kami tak buat cerita tipu..!!" begitulah lebih kurang kata Kiah Propa dengan nada sinis seolah 'memulang paku buah keras' kepada artis berkenaan yang sebelum ini mungkin menafikannya.

Siapakah artis janda anak satu tersebut? Mungkinkah ada kena mengena dengan artis janda yang baru-baru ini meminta cerai di mahkamah syariah? Bak kata pepatah, tepuk dada... tanya selera!

Tiga (3) keping gambar kesemuanya.

Mak oiii... bercium sakan. Macam kat Hollywood... 
Klik untuk imej besar...


31 October 2011

BILA NORA DANISH 'BERHALLOWEEN'


"Happy halloween," ucap Nora Danish dalam laman facebooknya disertai dengan gambar dia memakai lampu di kepala. Manakala seorang lagi rakan yang tidak dikenali turut memakai lampu tanduk syaitan.

Gambar tersebut selanjutnya telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pelawat FB Nora. Ada yang menegur lantang dan ada juga yang memberi nasihat secara lembut.

Klik untuk imej besar...




23 October 2011

GAMBAR SANA SINI - KEK SEKSI ENOT


Entah apa yang bagus atau kreatifnya dengan kek yang dibuat oleh Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah ni myartis sendiri pun tak faham? Mungkin agaknya ia terletak pada bentuk tubuh wanita yang ala-ala 18SX tu khot?

Meskipun gambar ini telah tersebar beberapa bulan lalu, namun ia masih hangat dikalangan pengunjung facebook dan beberapa forum hiburan apabila ada segelintirnya yang mengutuk sikap pelakon tersebut. Dakwa mereka, tidak patut Enot membuat kek berbentuk lucah sedemikian yang kemudian dibalas oleh Enot sendiri dengan mengatakan dia bukannya tak tahu langsung mengenai agama.

Apa-apapun... kita layanzz aja kek Enot ni!!



09 September 2011

GAMBAR PANAS QILA WAN HISHAM?

Meskipun membawa watak tempelan atau pembantu, namun nama Qila Wan Hisham tetap sebaris dengan pelakon popular seperti Scha Alyahya, Nasha Aziz dan lain-lainnya. Namun yang tak sedapnya ialah apabila beberapa keping gambar panasnya sedang bercumbu dan tidur tanpa seurat benang dikirimkan melalui sms oleh seorang pengirim misteri.

"Dia berlakon dalam drama bersiri Awan Dania dan wajahnya pasti dikenali oleh ramai pihak," ujar pengirim tersebut.

Tambahnya, jika mahu mencipta nama dalam industri lakonan, pandai-pandailah membawa diri termasuk menyimpan rahsia peribadi. Meskipun alasannya mungkin gambar tersebut merupakan gambar lama, namun bak kata pepatah... 'pandai makan, pandailah simpan'!


Jumlah imej 17: Klik untuk imej besar...













11 GAMBAR-GAMBAR LAIN, SILA KLIK...


31 August 2011

RAMONA ZAMZAM BERSOSIAL?

Watak Ramona ZamZam sebagai Nilawati dalam drama Nora Elena memang kelihatan amat berkesan sebagai perempuan baik. Namun gambar-gambar ini menunjukkan sebaliknya. Benarkah dakwaan segelintir pihak bahawa Ramona kaki sosial dan amat gemar bertukar lelaki?

Bagaimanapun, marilah kita bersangka baik yang kemungkinan gambar-gambar yang tersebar ini adalah gambar lama iaitu ketika beliau belum insaf. Mungkin sekarang Ramona sudah berubah dan sudah kembali ke pangkal jalan... Allahualam!


Klik untuk imej lebih besar...


Zaman persekolahan...

20 August 2011

NANU BAHARUDDIN BELAI ANJING..??

Jika dilihat melalui gambar ini, memang jelas seperti pelakon Nanu Baharuddin sedang memegang dan membelai seekor Anjing. Mungkinkah anjing itu miliknya, atau milik orang lain?

Namun tidak dapat dipastikan kesahihan gambar tersebut, mungkin benar atau mungkin 'superimpose' semata-mata. Ini kerana laman Facebook yang didakwa kepunyaan pelakon terbabit yang memaparkan lebih banyak gambar-gambar tersebut sudah ditutup daripada dilawati sejak beberapa jam yang lalu... Allahualam..!


Klik untuk imej besar...









21 July 2011

WOWWW... MASHA MILAN LONDOH...!!

Kalau artis muslim yang beraksi begini, sudah tentu mereka akan kena kritik habis-habisan oleh pelbagai pihak. Namun bagi Masha Milan Londoh... mungkin beliau sukar dikritik disebabkan beliau bukan muslim meskipun sering melakonkan watak Melayu dan wanita muslim di dalam drama mahupun filem.

Pasti ada yang menyokong dan mengatakan Masha boleh beraksi begitu dalam mana-mana majalah kerana beliau 'bukan Islam'. Namun begitu, pasti juga ada yang mengatakan aksi Masha ini agak 'melampau' dan ia mampu mempengaruhi anak-anak muda yang meminati lakonan dan nyanyiannya.

Dalam hal ini... kita harus mencari jawapannya sendiri. Adakah kita peka dengan perkembangan dunia seni? Adakah kita peka dengan pengaruh negatif yang sering diselitkan dalam video muzik luar negara yang sering menampilkan aksi kurang sopan?

Bak kata pepatah: tepuk dada tanya selera... atau pepatah lain ada menyebut: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak..!! Tak gitu..??


Klik untuk imej besar...














.

27 May 2011

PELAKON IKLAN BERSOSIAL..??

Ini ialah gambar-gambar clubbing yang didakwa melibatkan pelakon iklan yang pernah menyertai rancangan Clever bersama aznil. Namun, myartis tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar-gambar tersebut sama ada gambar baru atau lama, termasuk pelakon iklan mana yang dimaksudkan.

Moga ia dapat dijadikan contoh kepada muka-muka baru atau lama dalam industri seni agar tidak terus hanyut di buai mimpi. Populariti dan glamor hanyalah sementara ketika kita masih bernafas dan ia tidak akan kekal selamanya..!!


Klik untuk imej besar...










(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

06 May 2011

POSING ARTIS BARU YANG MEMALUKAN..?

Masih baru dalam bidang seni tetapi sudah berani pose berahi..!

Demikianlah komen beberapa pihak mengenai pendatang baru dalam dunia lakonan, Nurul Ain Nordin yang didakwa sanggup berbuat begitu untuk membintangi filem Suatu Malam Kubur Berasap. Malah tujuan gambar seperti ini diambil juga amatlah kabur dan memalukan baik bagi empunya diri mahupun penerbit filem itu sendiri.

Oleh yang demikian, sudah sampai masanya masyarakat negara ini menolak aksi melampau seperti ini yang mengeksplotasikan anak-anak gadis bagi melariskan sesuatu produk. Bak kata pepatah: Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya - Maksud hadis.


Klik untuk imej besar...




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011