04 February 2020

HARAP SAJAT, IBU BAPANYA KEMBALI KE PANGKAL JALAN - SEPUPU


Isu Nur Sajat yang berpakaian wanita ketika menunaikan umrah hangat diperkatakan oleh netizen termasuk jadi perhatian kerajaan Arab Saudi. Dia bukan hanya disifatkan mempersendakan agama, malah didakwa mencemarkan Tanah Suci dengan pakaian bertelekongnya.

Bukan kalangan rakyat Malaysia sahaja yang megambil berat isu ini, malah ahli keluarga terdekat Sajat turut merayu agar Sajat dan ibu bapanya kembali ke pangkal jalan. Seorang wanita yang mendakwa sebagai sepupu Sajat telah mengingatkan ibu bapa Sajat bahawa anak mereka itu lelaki bukannya wanita.

Meskipun ibu bapanya menyokong perkara yang salah, namun sepupunya itu tidak akan bersubahat mengenai perkara itu. Kata mereka lagi, moga pihak atasan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut.



Dalam hal berkaitan, agensi pelancongan yang membawa Sajat menunaikan umrah menafikan mereka bersubahat dalam kontroversi ini. Dakwa mereka, usahawan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar dan turut mengemukakan dokumennya sebagai lelaki, bukannya seorang khunsa.





Apa yang memelikkan mereka, apabila tiba di Tanah Suci, Sajat tiba-tiba memberitahu kepada mutawif bahawa dirinya seorang khunsa.

"Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khunsa mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.



"Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa," ujar agensi (Albayt Travel (M) Sdn Bhd) itu dipetik sebagai berkata.

"Kami sudah meminta dia (Nur Sajat) membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di dalam laman sosialnya.

"Saya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki sepanjang berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin," tambah mereka yang turut menafikan dakwaan Sajat telah ditahan oleh pihak berkuasa di Arab.

KLIK UNTUK GAMBAR BESAR:


Bagaimanapun, mereka mengesahkan bahawa usahawan kosmetik itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci kerana isu itu menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.

"Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah. Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah.

"Setakat ini, sukar untuk mendapat kerjasama Nur Sajat, sebaliknya perbincangan lebih banyaj menerusi pembantu peribadinya," jelas mereka.









         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: