04 February 2020

ISU SAJAT: KERAJAAN AKAN SIASAT - MUJAHID


"Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan.

"Kad pengenalannya adalah lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya. Apabila di Mekah dia berpakaian telekung dan sudah tentu berpakaian wanita. Semua pergerakan, tempat yang dia lawati dan ruang solat dia adalah bersama wanita. Ini menimbulkan ketidakselesaan kerana ia telah menceroboh ruang dikhaskan kepada wanita," demikian ulas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengenai isu Nur Sajat menunaikan umrah.





Beliau menyifatkan tindakan yang dibuat oleh usahawan kosmetik itu menjejaskan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.

"Saya tidak tahu apa janji dia kalau bawa pergi umrah. Apa janji dia untuk tidak menimbulkan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

"Ini lebih kepada masalah individu yang perlu ditangani iaitu tiada salahnya jika dia pergi (Mekah) dalam keadaan lelaki," ujarnya lagi dipetik sebagai berkata melalui Sinar Harian.

Klik untuk gambar besar


Mujahid menambah, kerajaan akan memanggil semua agensi pelancongan bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang dimasa hadapan. Ini kerana, agensi pelancongan yang membawa jemaah umrah sepatutnya sudah sedia maklum tentang status seseorang individu itu.

Beliau berkata demikian berikutan pihaknya menerima banyak aduan daripada jemaah yang menyaksikan perbuatan usahawan kosmetik tersebut yang bertelekung seperti wanita, selain turut bergaul dan berada di ruang solat wanita sehingga menimbulkan ketidakselesaan.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: