03 February 2020

"KALAU SAYA PERMAINKAN AGAMA, ALLAH DAH BAGI BALA..." - SAJAT DITEGUR POLIS?


Tindakan usahawan dan juga penyanyi, Nur Sajat menunaikan ibadah umrah seperti wanita bersama keluarga dan rakan-rakannya mengundang kontroversi yang sehingga kini masih lagi hangat diperkatakan. Semalam, viral foto Sajat dan dua orang rakannya ketika di lapangan terbang lengkap dengan memakai jubah lelaki dan tidak mengenakan tudung.





Difahamkan, dia pergi ke Tanah Suci sebagai jemaah lelaki, namun apabila tiba di Makkahndia mengubah semula penampilannya menjadi seorang wanita iaitu memakai jubah labuh, tudung, purdah serta telekung. Kelakuan Sajat itu menimbulkan amarah netizen yang menyifatkannya seakan mempersendakan agama.

Bagaimanapun, Sajat menafikan dia sengaja mempermainkan agama. Kata Sajat, sekiranya benar dia buat begitu, pastinya Allah SWT sudah menurunkan bala terhadapnya yang kini berada di Tanah Suci Makkah. Dalam masa sama, Sajat turut menjawab persoalan netizen mengenai penampilannya sebelum ke Makkah yang memakai jubah lelaki.


Klik untuk gambar besar


Ada netizen yang berpendapat, jika dia tipu mengenai soal jantinanya yang sebelum ini dikatakan sebagai lelaki, itu antara Sajat dan Allah. Namun, rata-rata netizen tidak boleh menerima cara Sajat yang 'mencemarkan' bumi Makkah dan Madinah iaitu dua tempat paling suci bagi umat Islam.

Pelbagai kecaman yang dilemparkan kepada Sajat, malah ada yang telah membuat laporan terus kepada pihak berwajib di Arab Saudi untuk mereka mengambil tindakan terhadap Sajat dan rakan-rakannya. Tambah nerizen lagi, perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan tindakan serius perlu diambil agar tidak lagi mencetuskan kekeliruan dan fitnah.



Kontroversi Sajat berpakaian wanita di Tanah Suci bukan sahaja tular di tanah air malah kini telah diketahui pihak berkuasa Arab Saudi. Perkara tersebut diceritakan oleh Pencetus Ummah Amin yang kini berada di Tanah Suci mengiringi jemaah sebagai mutawif.

Menurut PU Amin, pihak polis memberikan amaran supaya tidak melakukan perkara-perkara tidak dibenarkan dan dilaknat Allah SWT. Kata kawan PU Amin di sana, jangan cemarkan tempat suci dan ibadah kerana jika perbuatan itu tidak dihentikan ia akan turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia lain yang ingin menunaikan umrah selepas ini.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: