03 February 2020

AZWAN ALI: "ANAK DUA DAH MAMPUS, DAH RENTUNG..." - DSV LUAH KESAL


Menerusi sebuah video di akaun Instagram, usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Vida atau mesra disapa DSV telah meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pengacara Azwan Ali yang dianggap menghina cara kematian dua orang anaknya serta membakar minyak wangi yang diberikan olehnya.





Potongan kata-kata yang diungkapkan Azwan turut dimuatkan dalam video tersebut: "Go to hell! Pergi mampus denganmu! Anak dua dah mampus, dah rentung kau tak insaf-insaf! Padanlah kau kahwin je kau bercerai, kahwin je cerai," kata Azwan.

Menurut DSV, dia sedih kerana Azwan telah mengaitkan dua anaknya yang sudah meninggal dunia: "Saya rasa sangat sedih, kenapa anak saya yang telah tiada itu diperkotak katikkan, dikaitkan dengan kebakaran, bakar minyak wangi saya.

Klik untuk gambar besar


"Dia telah libatkan anak-anak yang telah pergi disebabkan tragedi kebakaran, saya tak boleh tidur disebakan stress, orang yang masih hidup boleh lagi kita minta maaf," ujarnya dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, DSV turut tersinggung dengan Azwan yang menyentuh soal peribadinya yang telah gagal dalam rumah tangga: "Saya sangat terasa dia kata saya kahwin dan cerai, siapa dia untuk menghukum orang seperti itu," tambahnya.

Difahamkan, Azwan berbuat demikian akibat tidak berpuas hati dan mendakwa DSV tidak membayarnya setelah membuat kemunculan di sebuah acara yang dianjurkan usahawan itu. Namun setakat ini, isu pembayaran tersebut masih belum dijelaskan dengan terperinci dari pihak DSV.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datuk Seri Vida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: