Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

22 February 2020

"SAYA MOHON MAAF" - ALI PUTEH MENGAKU SILAP TUDUH KAKAK IPAR


"Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram (IG) saya sebelum ini.

"Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis bukan orang hacked IG saya. Saya memadam posting tersebut selepas ramai yang menelefon dan menasihati saya supaya tidak bertindak melulu.



04 February 2020

HARAP SAJAT, IBU BAPANYA KEMBALI KE PANGKAL JALAN - SEPUPU


Isu Nur Sajat yang berpakaian wanita ketika menunaikan umrah hangat diperkatakan oleh netizen termasuk jadi perhatian kerajaan Arab Saudi. Dia bukan hanya disifatkan mempersendakan agama, malah didakwa mencemarkan Tanah Suci dengan pakaian bertelekongnya.

Bukan kalangan rakyat Malaysia sahaja yang megambil berat isu ini, malah ahli keluarga terdekat Sajat turut merayu agar Sajat dan ibu bapanya kembali ke pangkal jalan. Seorang wanita yang mendakwa sebagai sepupu Sajat telah mengingatkan ibu bapa Sajat bahawa anak mereka itu lelaki bukannya wanita.

Meskipun ibu bapanya menyokong perkara yang salah, namun sepupunya itu tidak akan bersubahat mengenai perkara itu. Kata mereka lagi, moga pihak atasan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut.



Dalam hal berkaitan, agensi pelancongan yang membawa Sajat menunaikan umrah menafikan mereka bersubahat dalam kontroversi ini. Dakwa mereka, usahawan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar dan turut mengemukakan dokumennya sebagai lelaki, bukannya seorang khunsa.


28 January 2020

RUPANYA, SUDAH 2 TAHUN FENDY & NADIRA CALIPH BUSKERS BERCERAI


"Assalammualaikum w.b.r... Bak kata lagu khatijah ibrahim, 'mungkin terpendam kenikmatan sebalik perpisahan'.

"Apa nak dikata lagi kalau jodoh tak panjang. Diam tak diam sudah 2 tahun aku merahsiakan perpisahan ini dari semua orang. Semuanya telah tertulis. Jodohku hanya sampai disini..

"Walaupun perit pada mulanya untuk melafazkan, Namun Tuhan sahaja tahu akan isi hati ini dan mengapa ianya terjadi.. Takdir telah menentukan segala²nya..




21 January 2020

ARTIS BARU - 'AKU SETIA', PERTARUHAN TERKINI RAZAK A'AI


Bukan mudah untuk terjun ke dalam industri hiburan. Segala persiapan harus rapi, vokal mesti mantap dan unik demi mencapai kejayaan berterusan.

Begitulah halnya dengan pendatang baru iaitu Razak A'ai, yang bersuara mantap hingga mendapat jolokan 'Louis Armstrong' dan 'Cakra Khan' Malaysia.

Ini kerana, sejumlah besar pengikutnya yang menonton persembahan jejaka kelahiran Kuching, Sarawak ini mengakui kehebatan beliau. Razak A'ai bukan sahaja membuat persembahan di jalanan, malah namanya popular melalui saluran media sosial seperti YouTube, Instagram, Twitter termasuk Facebook.



Terkini, artis naungan Todak Music ini akhirnya dinobatkan kehebatannya menerusi single pertama bersama syarikat rakaman berkenaan berjudul 'Aku Setia'.


19 January 2020

BAKAL NIKAH KERABAT RAJA - EMMA MAEMBONG KAHWIN TAHUN INI?



Gosip bertiup kencang apabila Emma Maembong dikatakan bakal mendirikan rumah tangga di tahun baru 2020 ini.

Meskipun membisu dan tidak mengiyakan mahupun menidakkan, namun terkini Cik Pang, melalui ruangan Harian Metro mandakwa bahawa pelakon itu bakal berkahwin pada bulan Februari.

Menurutnya, tidak diketahui mengapa Emma memilih untuk merahsiakan berita gembira itu daripada pihak media. Sedangkan ada sumber yang memberitahu, Emma kini sibuk membuat persiapan perkahwinannya hingga terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan.



Tambah Cik Pang lagi, Emma dikatakan bakal berkahwin dengan kerabat diraja namun tidak didedahkan siapa gerangan kerabat itu. Jika benar, biarlah ianya diketahui daripada mulut Emma sendiri katanya.

Harapan kita, moga kali ini Emma benar-benar jadi kahwin dan bukan sekadar gosip semata sebagaimana sebelum ini. Mana tahu mungkin tahun 2020 ini membawa tuah buat pelakon ini yang sering terluka.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 December 2019

7 FOTO - BILA ALIFF SYUKRI AJAR ANAK-ANAK CUCI URI BABY


"Terkejut Ammar Ahyan tengok uri baby.

"Semoga anak dara abah nanti besar tau abah sayang sangat kat awak.. Sebenarnya ada sahaja pekej untuk cuci uri... tapi abang percaya orang dulu-dulu cakap..



"Kalau boleh kalau.. ada anak perempuan tanam dekat Taman rumah biar cepat kahwin.. betul ke?? Dan dapat pasangan yang baik-baik sebab tu abang ada buat amanat dan juga kata-kata peninggalan sebelum abang menanam uri ini," begitulah kongsi Datuk Sri Aliff Syukri mengenai aktivitinya membasuh dan menanam uri.

Apa yang menarik, dia juga telah mengajar anak-anaknya berbuat begitu agar satu hari nanti selepas kahwin mereka turut melakukan cara yang sama.



5 LAGI GAMBAR -  KLIK FOTO UNTUK SIZE BESAR

07 May 2018

UQASHA SENROSE DITAHAN POLIS DIDAKWA MILIKI DADAH


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita bersama 53 pil dadah jenis eramin 5 bernilai RM600.

Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan terhadap pelakon wanita itu mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.



16 February 2017

HARI INI BERMULA TAYANGAN SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2



Filem paling laris di Indonesia, 'Surga yang Tak Dirindukan' (#SYTD) yang berjaya meraih 2 juta tontonan di pawagam kembali menemui penonton dengan sekuel keduanya pada hari ini (16 Februari 2017) di Malaysia.

Filem yang diangkat dari novel popular, #SYTD2 hasil karya novalis Asma Nadia ini bukan sahaja memaparkan jalan cerita penuh perasaan, malah ia turut didukung dengan watak-watak yang dibintangi oleh pelakon blockbuster Indonesia seperti Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian serta pelakon Malaysia, Nora Danish dan ramai lagi.



20 January 2016

DAFI NAFI KERJAYA 'SLOW' PUNCA BERALIH ARAH



Kerjaya nyanyian yang agak perlahan kebelakangan ini bukan punca Dafi AF5 atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri menumpukan perhatian terhadap tugasnya sebagai Pengarah Urusan, Laugh Out Loud Entertainment.

"Bukan itu punca saya terbabit dalam bidang penganjuran konsert, tetapi saya mahu kembangkan pengalaman selama lapan tahun dalam seni untuk kebaikan industri seni suara.



10 GAMBAR - AZMIL MUSTAPHA KELUAR HOSPITAL, RAWAT DI RUMAH



"Doktor pakar di sini (Hospital Putrajaya) mengesahkan yang abang boleh keluar dan diberi penjagaan rapi di rumah.

"Ubat telah dibekalkan dan jadual rawatan susulan dengan pelbagai doktor telah disiapkan," kata Aziph Mustapha, 48, adik kepada pelakon era 80-an yang popular menerusi filem Ali Setan, Haji Azmil Mustapha, 63.



13 November 2015

ISU GV2 : SHEEDA HARUS TERIMA KENYATAAN DAH BERUSIA - ROHANA JALIL



"Sebagai penyanyi profesional, Sheeda harus terima kenyataan dan kritikan dengan hati terbuka. Tak ada gunanya kita 'sentap' kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan," demikian komen penyanyi Rohana Jalil mengenai kontroversi kritikan panas Dato' M.Nasir dalam Gegar Vaganza 2 baru-baru ini.

Tambah Rohana, pemilihan lagu yang tidak sesuai dengan Sheeda juga menjadi punca penyanyi  itu tersingkir daripada GV2. Ia tiada kena mengena dengan komen juri kerana lagu tersebut kebiasaannya dipilih sendiri oleh peserta sebelum pertandingan.



DIHALAU SUAMI, MEREMPAT DI BENGKEL BUS MINI - 'MAK DARA' BUKUKAN KISAH HIDUP



Siapa sangka yang seorang isteri yang pernah di halau bersama anak-anaknya hingga merempat dan terpaksa tidur di bengkel bus mini, kini merupakan usahawan berjaya di Malaysia.

Rahsia tersebut telah didedahkan oleh Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd, SM Gadaffi Syed Ali, anak kepada Ibu Halimah sendiri melalui bukunya 'Rahsia Ibu Halimah' yang dilancarkan di Saloma Bistro oleh Tengku Puan Laksamana Perlis, Datuk Paduka Sharifah Hishmah Shahabudin.



26 August 2015

INFO - SALURAN BAHARU BOOMERANG 555 DI HYPPTV



Bertempat di Jungle Gym (Level 4), Bangsar Shopping Centre, Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya telah melancarkan Boomerang saluran baharu 555 khusus buat pelanggan HyppTV.

Saluran baharu ini telah dilancarkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM dan Mark Eyers, Ketua Pegawai Kandungan bagi Kids Network di Asia Pasifik, Turner International.

Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh barisan selebriti tempatan seperti Hunny Madu dan Fazreen Rafi.

Klik gambar untuk size besar


28 October 2014

4 GAMBAR - TAHNIAH, AZHARINA AZHAR KINI BERGELAR 'IBU'



"This little man that take my breath away, stole my heart and the boss in my life (sll bos kat org Skg anak bos kita) semoga menjadi imam , Al Tahfiz dan anak yang soleh Beriman berAmal buat kita sekeluarga sayang ku Rahmat Azharin Aziz Mohammad Faisal.

"My loving son at 26 day his already travel have sabah and now home to his palace .. Alhamdulilah ... Peacefully sleeping at his bed," begitulah kata Azharina Azhar mengenai anaknya melalui IG.



26 June 2014

SAYA MEMASAK BUKAN KEJAR POPULARITI - CHEF KAMARUL



Chef Kamarul yang tidak asing lagi melalui rancangan Baba's Cu~Bits menafikan spekulasi yang dia mahu membina nama sepertimana Chef Selebriti di Malaysia contohnya Chef Wan.

Menurut Kamarul atau nama sebenarnya Kamarul Hasni Che Rose, dia sebenarnya seorang Chef yang lain berbanding kebanyakan Chef di negara ini. Bukan populariti yang mahu dikejarnya, tetapi dia mahu membantu anak muda  membina kerjaya dalam bidang masakan sekaligus mencipta nama di mata dunia.



17 June 2014

INFO - MELISSA JUARA 'STREPSILS THE RIGHT NOTE'



Selepas sebulan 'Strepsils The Right Note' menyaring lebih 500 penyertaan dalam talian, Melissa Jane Ariffin akhirnya diumumkan sebagai juara pada pertandingan akhir yang diadakan baru-baru ini di One Utama, Petaling, Selangor. Dia telah berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Untuk info, pertandingan tersebut dilancarkan sempena dengan sambutan Hari Suara Sedunia pada 16 April lalu. Selain Melissa, empat finalis lain turut membuat persembahan di hadapan panel juri yang diketuai oleh Dato’ Sheila Majid.

"Saya amat gembira dan berbangga kerana dipilih sebagai pemenang pertandingan The Right Note.



20 May 2014

BILA FIZZ FAIRUZ & IZZUE ISLAM JADI 'MAT TUDUNG'



Showbiz Productions yang terkenal dengan filem Melayu lain dari yang lain seperti 'Hantu Kapcai', 'Kahwin 5', 'Chikaro', 'Hantu Tok Mudim' dan 'Ular', kini membuka tirai 2014 dengan sebuah filem komedi berjudul 'Mat Tudung'.

Filem arahan pengarah muda, Waan Hafiz (yang sebelum ini mengarah filem 'Hantu Tok Mudim') menggandingkan Fizz Fairuz, Nelydia Senrose dan Izzue Islam sebagai pelakon utama.



15 May 2014

TAKZIAH - ADAM AHMAD MENINGGAL DUNIA



Adam Ahmad, 49, telah kembali ke rahmahtullah sekitar pukul 12.15 malam semalam di Hospital Ampang, Selangor. Allahyarham semasa hayatnya merupakan seorang kompuser dan penyanyi yang popular dengan lagu 'Kau Pergi Jua' itu

Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kencing manis dan tekanan darah yang dihidapinya. Jenazahnya akan dikebumikan pagi ini selepas selesai diuruskan di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.



18 December 2013

SAYA TIDAK AKAN TUNDUK - ADI PUTRA



Berani kerana benar, takut kerana salah!

Artikel terdahulu:
Mungkin itu maksud Adi Putra yang tidak akan tunduk dengan permintaan Amiruddin Othman, 50, suami Noraida Abd. Mutalib, 29, yang mendakwa Adi mempunyai skandal dengan isterinya. Semuanya gara-gara dakwaan bertukar-tukar gambar lucah melalui laman sosial.


PRIMADONA AZEAN IRDAWATY KEMBALI KE RAHMATULLAH



Setelah berjuang sedaya upaya melawan penyakit kanser payu dara (tumor dan lymphedema), akhirnya primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63, tahun meninggal dunia semalam pada kira-kira jam 8.30 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah merupakan pelakon 'airmata' dan mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.