22 February 2020

"SAYA MOHON MAAF" - ALI PUTEH MENGAKU SILAP TUDUH KAKAK IPAR


"Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram (IG) saya sebelum ini.

"Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis bukan orang hacked IG saya. Saya memadam posting tersebut selepas ramai yang menelefon dan menasihati saya supaya tidak bertindak melulu.





"Saya terima kesan akibat perbuatan saya itu dengan pelbagai tohman dilemparkan termasuk fitnah. Namun saya tidak simpan di dalam hati dan memaafkan mereka," demikian pengakuan bersalah Ali Puteh petang semalam dalam sidang media yang diadakan bagi menjelaskan segala kontroversi berhubung dakwaan dikatakn mahu membolot harta peninggalan abang, Allahyarham Abam Bocey.

Ali turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kakak iparnya iaitu Noor Hidayah. Ali dan mengakui dia terlalu mengikut perasaan.



Ali juga akan bertemu dengan kakak iparnya itu dalam masa terdekat bagi menyelesaikan semua kekeliruan tersebut. Malah Ali juga sedia berundur dari dunia seni seandainya rezekinya terhenti setakat itu disebabkan kontroversi yang melandanya.

"Saya sedia berundur dari dunia seni dan pentas lawak sekiranya tidak diperlukan lagi. Andai rezeki saya terhenti di sini, disebabkan kontroversi ini saya reda. Saya berserah kepada Allah SWT.

"Saya akan fokus menjaga ibu. Lagipun kehadiran saya dalam dunia seni ini bersama arwah Abam. Apalah maknanya tanpa dia di sini bersama saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: