Showing posts with label berita dan photo. Show all posts
Showing posts with label berita dan photo. Show all posts

12 June 2021

BAKAL HIJRAH - NOURUL NAK KE NEGARA TERDEKAT, BUKAN PERANCIS



"Kami tak pergi jauh pun tapi nantilah saya kongsi negara mana. Suami memilih untuk berhijrah di negara terdekat dulu kerana ingin meneroka peluang serta tukar angin di tempat baharu pula.

"Buat masa ini, kami masih menunggu permohonan visa diluluskan selain menunggu suntikan vaksin kedua. Kalau semua urusan sudah selesai, insya Allah kami akan berangkat pada sekitar 15 atau 20 Julai nanti.

29 November 2020

SERTAI MISI KEMANUSIAAN - HELIZA HELMI BERSAMA ADIK BERANGKAT KE SYRIA



Penyanyi Heliza Helmi menerusi muat naik di laman Instagram miliknya telah memaklumkan dia bersama adiknya, Hazwani Helmi serta sukarelawan lain sekali lagi menyertai misi kemanusiaan ke Syria bagi menyalurkan bantuan kemanusian untuk pelarian musim sejuk di sana. Mereka semua berangkat menaiki kapal terbang difahamkan kelmarin.

06 May 2020

SEDANG HAMIL - DA'I FARHAN SAH CERAIKAN DR. ERIN MELALUI WHATSAPP


Nampaknya, Whatsapp telah digunakan kali kedua untuk menceraikan isteri-isterinya. Itulah yang berlaku terhadap Da'i Farhan yang kini sah bercerai dengan wanita aura ke-19 yang dahulunya amat disayanginya.

"Untuk pengetahuan semua, ustaz telah lafazkan cerai pada 27 April selepas saya sendiri minta untuk dilepaskan. Saya yakin ini terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on.

"Penceraian ini saya minta kerana saya sendiri sudah penat dengan episod sekejap kata nak rujuk dan ceraikan saya, sekejap tak jadi cerai dan mahu bermadu dengan saya — saya tahu ustaz serba salah dan saya memilih untuk diceraikan," ujar Dr Erin, isteri kepada Da’i Farhan yang mengesahkan yang dia sudah bercerai dengan suaminya pada penghujung April yang lalu.



Untuk info, penceraian dengan talak satu itu juga dilafazkan oleh Da’i Farhan menerusi rakaman suara di aplikasi Whatsapp.

12 March 2020

"APA SALAHNYA CIUM ABANG IPAR?... SAYA MANJA" - CHACHA MAEMBONG


"Saya adik bongsu dan saya sangat manja. Saya manja dengan family saya, saya manja dengan abang ipar saya semua, saya manja dengan semua orang yang saya rasa itu adalah keluarga saya.

"Tak salah sebagai adik bongsu yang baru dapat abang ipar dan kakak saya baru je halal, so tak salah kalau kita nak meraikan kebahagiaan itu. Saya happy dengan family saya. Tak ada isu pun timbul dalam family pasal benda ni," ujar Chacha Maembong dipetik sebagai berkata melalui Astro Gempak mengenai isu mencium suami Emma Maembong.



22 February 2020

"SAYA MOHON MAAF" - ALI PUTEH MENGAKU SILAP TUDUH KAKAK IPAR


"Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram (IG) saya sebelum ini.

"Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis bukan orang hacked IG saya. Saya memadam posting tersebut selepas ramai yang menelefon dan menasihati saya supaya tidak bertindak melulu.



04 February 2020

HARAP SAJAT, IBU BAPANYA KEMBALI KE PANGKAL JALAN - SEPUPU


Isu Nur Sajat yang berpakaian wanita ketika menunaikan umrah hangat diperkatakan oleh netizen termasuk jadi perhatian kerajaan Arab Saudi. Dia bukan hanya disifatkan mempersendakan agama, malah didakwa mencemarkan Tanah Suci dengan pakaian bertelekongnya.

Bukan kalangan rakyat Malaysia sahaja yang megambil berat isu ini, malah ahli keluarga terdekat Sajat turut merayu agar Sajat dan ibu bapanya kembali ke pangkal jalan. Seorang wanita yang mendakwa sebagai sepupu Sajat telah mengingatkan ibu bapa Sajat bahawa anak mereka itu lelaki bukannya wanita.

Meskipun ibu bapanya menyokong perkara yang salah, namun sepupunya itu tidak akan bersubahat mengenai perkara itu. Kata mereka lagi, moga pihak atasan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut.



Dalam hal berkaitan, agensi pelancongan yang membawa Sajat menunaikan umrah menafikan mereka bersubahat dalam kontroversi ini. Dakwa mereka, usahawan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar dan turut mengemukakan dokumennya sebagai lelaki, bukannya seorang khunsa.


28 January 2020

RUPANYA, SUDAH 2 TAHUN FENDY & NADIRA CALIPH BUSKERS BERCERAI


"Assalammualaikum w.b.r... Bak kata lagu khatijah ibrahim, 'mungkin terpendam kenikmatan sebalik perpisahan'.

"Apa nak dikata lagi kalau jodoh tak panjang. Diam tak diam sudah 2 tahun aku merahsiakan perpisahan ini dari semua orang. Semuanya telah tertulis. Jodohku hanya sampai disini..

"Walaupun perit pada mulanya untuk melafazkan, Namun Tuhan sahaja tahu akan isi hati ini dan mengapa ianya terjadi.. Takdir telah menentukan segala²nya..




19 January 2020

BAKAL NIKAH KERABAT RAJA - EMMA MAEMBONG KAHWIN TAHUN INI?



Gosip bertiup kencang apabila Emma Maembong dikatakan bakal mendirikan rumah tangga di tahun baru 2020 ini.

Meskipun membisu dan tidak mengiyakan mahupun menidakkan, namun terkini Cik Pang, melalui ruangan Harian Metro mandakwa bahawa pelakon itu bakal berkahwin pada bulan Februari.

Menurutnya, tidak diketahui mengapa Emma memilih untuk merahsiakan berita gembira itu daripada pihak media. Sedangkan ada sumber yang memberitahu, Emma kini sibuk membuat persiapan perkahwinannya hingga terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan.



Tambah Cik Pang lagi, Emma dikatakan bakal berkahwin dengan kerabat diraja namun tidak didedahkan siapa gerangan kerabat itu. Jika benar, biarlah ianya diketahui daripada mulut Emma sendiri katanya.

Harapan kita, moga kali ini Emma benar-benar jadi kahwin dan bukan sekadar gosip semata sebagaimana sebelum ini. Mana tahu mungkin tahun 2020 ini membawa tuah buat pelakon ini yang sering terluka.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 January 2020

11 FOTO BERINAI - INILAH WAJAH BAKAL SUAMI ELLY MAZLIEN YANG HANDSOME


Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, akhirnya mendedahkan wajah bakal suaminya Mohamad Azlan, di majlis Malam Berinai yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam semalam.

Anggun dengan persalinan songket, Elly dan Mohamad Azlan nampak sepadan bersama-sama anaknya Putri Sara Sefhia.

Untuk info, majlis pernikahan dan persandingan mereka berdua bakal diadakan hari ini di PWTC.



GAMBAR LAIN - SILA KLIK

TOLAK BANTUAN RUMAH PPR & ZAKAT - IBU PUTERI BALQIS MAHU USAHA SENDIRI



Ibu Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz, menolak bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mahu membayar sewa bulanan rumah mereka termasuk bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ingin diusahakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

"Saya berterima kasih atas usaha yang cuba dibuat Seniman. Sebenarnya saya berat hati nak terima. Jadi, saya menolaknya. Bagi saya, ramai lagi lebih layak untuk terima. Sampai bila orang nak bantu kami? Sampai satu tahap nanti orang pun akan bosan nak bantu," jelasnya dipetik sebagai berkata.



Alasannya, dia sudah biasa bekerja dan akan tetap berusaha untuk mencari rezeki. Malah, dia juga tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa.

"Pihak LZS nak bantu untuk bayar sewa bulanan rumah, tapi saya tolak. Tapi, mereka nak juga beri bantuan RM300 sebulan. Ini pun masih dalam proses. Ia buat saya serba salah.

"Saya merasakan ramai lagi orang susah daripada kami. Saya sudah biasa bekerja, jadi saya tetap akan berusaha. Saya tidak mahu apabila terus dibantu membuatkan saya jadi malas.

"Insya-Allah, dengan kudrat yang masih ada dengan menjual buku, saya dan Aqish masih boleh hidup bersama dan jalani kehidupan seadanya," katanya kepada media.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 December 2019

7 FOTO - BILA ALIFF SYUKRI AJAR ANAK-ANAK CUCI URI BABY


"Terkejut Ammar Ahyan tengok uri baby.

"Semoga anak dara abah nanti besar tau abah sayang sangat kat awak.. Sebenarnya ada sahaja pekej untuk cuci uri... tapi abang percaya orang dulu-dulu cakap..



"Kalau boleh kalau.. ada anak perempuan tanam dekat Taman rumah biar cepat kahwin.. betul ke?? Dan dapat pasangan yang baik-baik sebab tu abang ada buat amanat dan juga kata-kata peninggalan sebelum abang menanam uri ini," begitulah kongsi Datuk Sri Aliff Syukri mengenai aktivitinya membasuh dan menanam uri.

Apa yang menarik, dia juga telah mengajar anak-anaknya berbuat begitu agar satu hari nanti selepas kahwin mereka turut melakukan cara yang sama.



5 LAGI GAMBAR -  KLIK FOTO UNTUK SIZE BESAR

08 July 2019

MAJLIS AQIQAH LINDA HASHIM - SEDERHANA TAPI MERIAH


Meskipun sederhana, namun majlis aqiqah dan cukur jambul buat anak ketiga pelakon Linda Hashim dan Beego, bernama Indah Camella tetap meriah.

Selain Aqiqah, satu persembahan marhaban turut diadakan.


GAMBAR LAIN:

07 May 2018

UQASHA SENROSE DITAHAN POLIS DIDAKWA MILIKI DADAH


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita bersama 53 pil dadah jenis eramin 5 bernilai RM600.

Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan terhadap pelakon wanita itu mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.



05 May 2018

'MERIAH BERSAMA' - SAJIAN ASTRO DI BULAN RAMADAN & RAYA


Ramadan bakal tiba lagi!

Astro buat julung kalinya mengangkat tema ‘Meriah Bersama’ bagi meraikan pelanggannya yang menjadi tulang belakang dalam kejayaan yang diraih sejak lebih dari dua dekad lalu di bulan Ramadan dan musim perayaan kali ini.

Menerusi tema tersebut, Astro menerapkan elemen keriangan menerusi kandungan hiburan yang bakal disajikan nanti. Sebuah saluran khas ‘Ramadan HD’ (saluran 122) boleh dinikmati secara percuma oleh semua pelanggan Astro mulai 12 Mei 2018 ini.



27 March 2018

'OH MY FAMILY!', DEDAH KECEKALAN KELUARGA ARTIS


Tidak ramai yang tahu mengenai kehidupan keluarga selebriti, terutama kehidupan anak-anak mereka yang kadangkala tidak terlibat dalam dunia seni. Dan buat pertama kalinya, lima keluarga selebriti popular akhirnya bergabung di bawah satu bumbung bagi menjayakan program terbaharu di slot eBu, berjudul ‘Oh My Family!’.



21 March 2017

SAKIT KANSER - IDRIS KHAN BANTU BADAN AMAL



Akibat sedih melihat rakannya menderita sakit kanser dan ada juga yang telah meninggal dunia disebabkan penyakit tersebut telah menyebabkan pelakon Idris Khan kini aktif membantu pesakit kanser di seluruh Malaysia melalui badan amal.

"Saya memang rasa sedih bila melihat rakan dan saudara yang menderita kanser hingga ada yang meninggal dunia. Oleh itu, saya kini giat membabitkan diri dalam program amal untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya kanser.



16 February 2017

HARI INI BERMULA TAYANGAN SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2



Filem paling laris di Indonesia, 'Surga yang Tak Dirindukan' (#SYTD) yang berjaya meraih 2 juta tontonan di pawagam kembali menemui penonton dengan sekuel keduanya pada hari ini (16 Februari 2017) di Malaysia.

Filem yang diangkat dari novel popular, #SYTD2 hasil karya novalis Asma Nadia ini bukan sahaja memaparkan jalan cerita penuh perasaan, malah ia turut didukung dengan watak-watak yang dibintangi oleh pelakon blockbuster Indonesia seperti Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian serta pelakon Malaysia, Nora Danish dan ramai lagi.



15 June 2016

INFO & FOTO - SEKITAR PERTANDINGAN AKHIR CLASH OF THE KINGZ 2016



Baru-baru ini telah berlangsung pertandingan akhir tarian Clash of the Kingz 2016 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur yang melibatkan 36 kumpulan.

Untuk info, Clash of the Kingz merupakan pertandingan yang menghimpunkan seramai 400 penari jalanan (street dance) di seluruh negara. Ia bermula di Kuala Lumpur, Penang, Selangor, Kuching, Malaka dan Johor Bahru sejak empat bulan lalu.