18 January 2020

TOLAK BANTUAN RUMAH PPR & ZAKAT - IBU PUTERI BALQIS MAHU USAHA SENDIRI



Ibu Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz, menolak bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mahu membayar sewa bulanan rumah mereka termasuk bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ingin diusahakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

"Saya berterima kasih atas usaha yang cuba dibuat Seniman. Sebenarnya saya berat hati nak terima. Jadi, saya menolaknya. Bagi saya, ramai lagi lebih layak untuk terima. Sampai bila orang nak bantu kami? Sampai satu tahap nanti orang pun akan bosan nak bantu," jelasnya dipetik sebagai berkata.



Alasannya, dia sudah biasa bekerja dan akan tetap berusaha untuk mencari rezeki. Malah, dia juga tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa.

"Pihak LZS nak bantu untuk bayar sewa bulanan rumah, tapi saya tolak. Tapi, mereka nak juga beri bantuan RM300 sebulan. Ini pun masih dalam proses. Ia buat saya serba salah.

"Saya merasakan ramai lagi orang susah daripada kami. Saya sudah biasa bekerja, jadi saya tetap akan berusaha. Saya tidak mahu apabila terus dibantu membuatkan saya jadi malas.

"Insya-Allah, dengan kudrat yang masih ada dengan menjual buku, saya dan Aqish masih boleh hidup bersama dan jalani kehidupan seadanya," katanya kepada media.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: