17 January 2020

"TWEET ITU DAH LAMA..." - BELLA TERKEJUT, LUAHAN TIADA KAITAN DENGAN ALIFF


"Saya tidak beri sebarang kenyataan berhubung apa-apa isu tapi masih terkejut tengok aktikel ini. Bella harap sangat blogger lebih berhati-hati, mungkin sebab Bella tak nak beri apa-apa komen jadi dia orang stalked Twitter saya. Tweet itu dah lama tak ada kena mengenai tapi boleh terus ambil dan jadikan tajuk aktikel.





"Bella harap semua faham, itu sekadar tweet dan boleh tengok tarikh tak ada kena mengena dengan apa kes pun," ujar penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang terkejut apabila status yang ditulisnya di laman Twitter menjadi perbualan netizen apabila dikongsi sebuah portal hiburan pada Khamis lalu.

Menurut Bella, 26, luahan hatinya itu tiada kena mengena dengan mana-mana individu termasuklah kes terbaharu membabitkan bekas suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz. Pada Ahad lalu, status luahan hati yang ditulis Bella berbunyi "Saya tertanya adakah aku akan merasakan kebahagiaan" itu menarik perhatian pengikut dan mengundang pelbagai komen daripada netizen.

Klik untuk gambar besar


Sehari selepas status itu dimuatnaik, tersebar pula video pergaduhan seorang lelaki didakwa Aliff Aziz dn dikatakan berlaku di sebuah restoran di Singapura. Bella bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden membabitkan bekas suaminya itu.

Sebelum ini, Bella ada berkongsi foto mesra sedang merangkul tangan seorang lelaki dipercayai penyanyi lagu 'Sayang'Sayang' itu. Lebih menguatkan spekulasi mengenai identiti lelaki tersebut apabila Aliff turut memuatnaik swafoto yang memperlihatkan Bella di belakangnya dalam sebuah kereta. Dua foto tersebut menarik perhatian netizen yang membuat andaian pasangan itu kini sudah kembali bersama.

Terdahulu, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. Pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali kantoi curang.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: