17 January 2020

"BANYAK YANG MEMFITNAH..." - NABILA NAFI SEKAT SHARNAAZ JUMPA ANAK


"Saya tak pernah halang atau sekat dia berjumpa dengan anak kami. Walaupun banyak yang memfitnah cakap saya tak bagi jumpa anak... malah saya tak pernah ada niat untuk pisahkan mereka.





"InsyaAllah saya akan teruskan niat saya untuk sama-sama membesarkan anak kami," ujar isteri pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila yang tidak pernah berhasrat menghalang ataupun menyekat suaminya bertemu anak mereka, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Malah kata Nabila, dia juga berharap untuk terus membesarkan anak mereka bersama-sama meskipun dia dan Sharnaaz tidak lagi menjadi suami isteri. Dalam pada itu, Nabila menjelaskan setiap keputusan dilakukannya adalah untuk memastikan kanak-kanak itu mendapatkan yang terbaik.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun kata Nabila, dia menyedari setiap perlakuan mahupun keputusan yang dibuat berkaitan Jebat sentiasa mengambil kira dan menghormati Sharnaaz sebagai bapa kepada anaknya: "Sebelum ini saya tak pernah nak bagi komen mengenai perkara ini sebab kalau nak explain pun takkan habis sebab benda yang terjadi bukan dalam masa satu bulan... ia dah berlarutan sehingga beberapa tahun.

"Cuma sebagai emak, memang saya perlu beri lebih perhatian pada anak dari segi keperluan dan penjagaan Jebat. Itu memang menjadi keutamaan saya tapi ia tidak bermakna saya perlu mengetepikan Sharnaaz dalam hal itu," katanya.

Nabila sebelum ini pernah memfailkan permohonan interim hadadah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Permohonan interim hadanah itu difailkan pada 13 September tahun lalu adalah untuk menentukan hak lawatan Sharnaaz terhadap anak mereka.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: