06 May 2020

SEDANG HAMIL - DA'I FARHAN SAH CERAIKAN DR. ERIN MELALUI WHATSAPP


Nampaknya, Whatsapp telah digunakan kali kedua untuk menceraikan isteri-isterinya. Itulah yang berlaku terhadap Da'i Farhan yang kini sah bercerai dengan wanita aura ke-19 yang dahulunya amat disayanginya.

"Untuk pengetahuan semua, ustaz telah lafazkan cerai pada 27 April selepas saya sendiri minta untuk dilepaskan. Saya yakin ini terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on.

"Penceraian ini saya minta kerana saya sendiri sudah penat dengan episod sekejap kata nak rujuk dan ceraikan saya, sekejap tak jadi cerai dan mahu bermadu dengan saya — saya tahu ustaz serba salah dan saya memilih untuk diceraikan," ujar Dr Erin, isteri kepada Da’i Farhan yang mengesahkan yang dia sudah bercerai dengan suaminya pada penghujung April yang lalu.



Untuk info, penceraian dengan talak satu itu juga dilafazkan oleh Da’i Farhan menerusi rakaman suara di aplikasi Whatsapp.



Tambah Dr Erin, dia izinkan suaminya untuk kembali dengan bekas isterinya kerana Da’i Farhan meluahkan rasa tidak boleh berjauhan dengan anak-anak.

"Saya mengalah dan tak harapkan apa-apa dari ustaz cuma menunggu masa untuk diceraikan sahaja. Dari bulan Februari ada sahaja masalah yang datang namun saya nekad untuk akhiri semua ini pada bulan Ramadhan tapi saya tahu mengandung pula. tapi saya nekad dengan keputusan untuk mengakhirinya," ," ujarnya dipetik sebagai berkata.



"Pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh... tapi dengan menceraikan saya sebab mentua dia takkan bagi anak dia bermadu... sebabkan terlalu sayang ustaz, saya cakap pada ustaz bawa saya jumpa mak ustaz dan bekas madu untuk saya serahkan ustaz balik," tambahnya.

Katanya lagi, dia enerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka, Erin meminta masyarakat tidak lagi mengaitkan dia dengan pendakwah bebas tersebut.

Dalam masa sama, dia memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tergores hati sepanjang perkahwinannya dengan Nik Farhan.

"Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan ustaz dengan saya, apa-apa yang saya post adalah atas diri saya sendiri yang hina ini, yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.



"Biarlah ustaz jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan... akhir kata saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang tergores hati dan terkesan atas pernikahan saya dengan ustaz. Saya tak minta jadi macam ni.

"Saya terima lamaran ustaz dulu kerana ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam diri ustaz masa tu dan saya sangat berharap ustaz boleh membawa saya ke syurga," jelasnya panjang lebar.

Untuk imbasan semua, pada November tahun lalu, perkahwinan Nik Farhan dengan janda anak lapan iaitu Erin di Makkah mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.

Bagaimanapun, Nik Farhan kemudiannya mengambil keputusan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka dan perceraian dengan talak satu itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi 'WhatApps'.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: