Showing posts with label perkahwinan selebriti. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan selebriti. Show all posts

06 May 2020

SEDANG HAMIL - DA'I FARHAN SAH CERAIKAN DR. ERIN MELALUI WHATSAPP


Nampaknya, Whatsapp telah digunakan kali kedua untuk menceraikan isteri-isterinya. Itulah yang berlaku terhadap Da'i Farhan yang kini sah bercerai dengan wanita aura ke-19 yang dahulunya amat disayanginya.

"Untuk pengetahuan semua, ustaz telah lafazkan cerai pada 27 April selepas saya sendiri minta untuk dilepaskan. Saya yakin ini terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on.

"Penceraian ini saya minta kerana saya sendiri sudah penat dengan episod sekejap kata nak rujuk dan ceraikan saya, sekejap tak jadi cerai dan mahu bermadu dengan saya — saya tahu ustaz serba salah dan saya memilih untuk diceraikan," ujar Dr Erin, isteri kepada Da’i Farhan yang mengesahkan yang dia sudah bercerai dengan suaminya pada penghujung April yang lalu.



Untuk info, penceraian dengan talak satu itu juga dilafazkan oleh Da’i Farhan menerusi rakaman suara di aplikasi Whatsapp.

28 December 2019

PUNYA BANYAK BUKTI, NAMUN ISTERI PU ABU TETAP TUTUP AIB


Tidak mahu terlalu berkongsi hal peribadi di media sosial... demikian pendirian isteri kepada PU Abu Sufyan, iaitu Hana Azraa.

Dalam hal ini, katanya lebih baik berdiam diri daripada berkongsi kisah di media sosial kerana ia seolah-olah mahukan perhatian ramai.



"Kalau aku memilih untuk bercerita di social media, dah lama aku bercerita. Segala bentuk bukti sama ada dalam teks mahupun bergambar boleh aku dedah. Sebab aku ada.

"Tapi, andai aku pilih untuk membuka semua tu, apa beza nya aku dan kau? Sama. Tiadalah beza kita melainkan hanya pura pura di hadapan manusia. Hanya menagih & dahaga perhatian.


26 December 2019

7 FOTO - BILA ALIFF SYUKRI AJAR ANAK-ANAK CUCI URI BABY


"Terkejut Ammar Ahyan tengok uri baby.

"Semoga anak dara abah nanti besar tau abah sayang sangat kat awak.. Sebenarnya ada sahaja pekej untuk cuci uri... tapi abang percaya orang dulu-dulu cakap..



"Kalau boleh kalau.. ada anak perempuan tanam dekat Taman rumah biar cepat kahwin.. betul ke?? Dan dapat pasangan yang baik-baik sebab tu abang ada buat amanat dan juga kata-kata peninggalan sebelum abang menanam uri ini," begitulah kongsi Datuk Sri Aliff Syukri mengenai aktivitinya membasuh dan menanam uri.

Apa yang menarik, dia juga telah mengajar anak-anaknya berbuat begitu agar satu hari nanti selepas kahwin mereka turut melakukan cara yang sama.



5 LAGI GAMBAR -  KLIK FOTO UNTUK SIZE BESAR

06 December 2011

GAMBAR KAHWIN RINA OMAR DAN JEREMY


Gambar-gambar perkahwinan Rina Omar (bekas pengacara 8TV) dan Jeremy yang dikhabarkan berkahwin pada Ahad lepas. Tahniah diucapkan... semoga berbahagia selalu dan sabar membimbing Jeremy ke jalan yang lurus... amin!

Klik untuk imej besar...




Photo kredit: Noh Hujan

29 November 2011

PERKAHWINAN VENESSA CHONG & MOOTS PS


Melihat perkahwinan ini, teringat myartis pada iklan ala 1 Malaysia yang melibatkan keluraga Cina dan India yang menyebut nama 'mutusamy kalarupiah anne'! Iklan tersebut memang menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang ingin hidup harmoni dalam negara berbilang bangsa.

Nah sekarang perkahwinan antara Vanessa Chong (kakak Vince AF1) dan Moots dari Pop Shuvit ini merupakan contoh terbaik ke arah penyatuan bangsa. Upacara perkahwinan tradisional India yang diadakan di Dewan Kalamandabam di Brickfields dan perkahwinan Kristian yang diadakan di Bali telah menyatukan dua jiwa.

Lebih menarik, acara perkahwinan itu turut dimeriahkan oleh tetamu dari pelbagai negara seperti UK, Jerman, Australia, Hong Kong, Thailand, Jepun, Filipina dan Singapura.

Untuk Vanessa dan Moots, selamat berbahagia myartis ucapkan..!

Klik untuk imej besar...


21 November 2011

LAGI GAMBAR2 PERNIKAHAN MICHELLE & DEQWAN


Ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bertemu jua!

Demikianlah diibaratkan antara Dalili Michelle Wee Abdullah (Wartawan Melodi TV3) dan Tengku Naharuddin atau Deqwan (Remaja TV9) apabila melangsungkan pernikahan mereka semalam. Batas agama dan bangsa bukan satu halangan dalam cinta, kerana bila hati sudah suka... semuanya indah belaka!

Ayuh kita lihat lapan lagi gambar-gambar menarik majlis pernikahan Dalili dan Deqwan yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Klik untuk imej besar...



20 November 2011

MICHELLE MELODI KINI SAH ISTERI DEQWAN


Dengan sekali lafaz, Dalili Michelle Wee Abdullah, wartawan Melodi TV3 sah menjadi isteri Deqwan Remaja, atau nama sebenarnya Tengku Naharuddin sebentar tadi. Pernikahan mereka berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung oleh Melodi.

Sebelum bernikah, Dalili yang berasal dari Sarawak telah memeluk Islam pada 27 Julai lalu di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sesudah mendapat hidayah. Selain diajar oleh mentuanya, Deqwan turut membelikan Dalili beberapa buku agama sebagai panduan mempelajari agama Islam.

Klik untuk imej besar...


19 July 2011

GAMBAR NIKAH AZLAN & HAZRIFFA

Akhirnya, Azlan Abu Hassan (adik kepada Adnan Abu Hassan) selamat bernikah dengan pasangannya Hazriffa Hazman. Meskipun boleh dikatakan mereka nikah secara senyap tanpa publisiti meluas di media, namun tahniah diucapkan... semoga berbahagia hingga ke anak cucu hendaknya.


Klik untuk imej besar...



Photo: Rie Saleh - FaceBook Azlan







(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

07 January 2010

PERKAHWINAN AZLIYANTI IBBERAHIM

Gambar perkahwinan pembaca berita TV3 Azliyanti Ibberahim. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu...











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010