28 December 2019

PUNYA BANYAK BUKTI, NAMUN ISTERI PU ABU TETAP TUTUP AIB


Tidak mahu terlalu berkongsi hal peribadi di media sosial... demikian pendirian isteri kepada PU Abu Sufyan, iaitu Hana Azraa.

Dalam hal ini, katanya lebih baik berdiam diri daripada berkongsi kisah di media sosial kerana ia seolah-olah mahukan perhatian ramai.



"Kalau aku memilih untuk bercerita di social media, dah lama aku bercerita. Segala bentuk bukti sama ada dalam teks mahupun bergambar boleh aku dedah. Sebab aku ada.

"Tapi, andai aku pilih untuk membuka semua tu, apa beza nya aku dan kau? Sama. Tiadalah beza kita melainkan hanya pura pura di hadapan manusia. Hanya menagih & dahaga perhatian.






"Jadi aku memilih untuk berdiam. Biar lah apa pun pandangan manusia terhadap aku. Biar lah. Cukup diri ini tahu apa yang diri aku tahu. Dan cukup Allah sahaja yang tahu rahsia itu," Kongsi Hana yang turut berdoa agar Allah menjaga aib umat Islam di dunia dan akhirat.

"Semoga Allah menutup aib kalian. Semoga Allah menjaga aib kita semua juga bukan sahaja di dunia ini, bukan sahaja di sosial media ini. Malah juga di akhirat. Jangan lupa surah al Kahfi by the way," tambahnya yang mendirikan rumah tangga pada Mei lalu. Hasil perkongsian hidup itu, Hana kini sedang hamil second trimester.





Gambar : Hana Azraa IG

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: