Showing posts with label gossip sana sini. Show all posts
Showing posts with label gossip sana sini. Show all posts

19 January 2020

BAKAL NIKAH KERABAT RAJA - EMMA MAEMBONG KAHWIN TAHUN INI?



Gosip bertiup kencang apabila Emma Maembong dikatakan bakal mendirikan rumah tangga di tahun baru 2020 ini.

Meskipun membisu dan tidak mengiyakan mahupun menidakkan, namun terkini Cik Pang, melalui ruangan Harian Metro mandakwa bahawa pelakon itu bakal berkahwin pada bulan Februari.

Menurutnya, tidak diketahui mengapa Emma memilih untuk merahsiakan berita gembira itu daripada pihak media. Sedangkan ada sumber yang memberitahu, Emma kini sibuk membuat persiapan perkahwinannya hingga terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan.



Tambah Cik Pang lagi, Emma dikatakan bakal berkahwin dengan kerabat diraja namun tidak didedahkan siapa gerangan kerabat itu. Jika benar, biarlah ianya diketahui daripada mulut Emma sendiri katanya.

Harapan kita, moga kali ini Emma benar-benar jadi kahwin dan bukan sekadar gosip semata sebagaimana sebelum ini. Mana tahu mungkin tahun 2020 ini membawa tuah buat pelakon ini yang sering terluka.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 December 2019

PUNYA BANYAK BUKTI, NAMUN ISTERI PU ABU TETAP TUTUP AIB


Tidak mahu terlalu berkongsi hal peribadi di media sosial... demikian pendirian isteri kepada PU Abu Sufyan, iaitu Hana Azraa.

Dalam hal ini, katanya lebih baik berdiam diri daripada berkongsi kisah di media sosial kerana ia seolah-olah mahukan perhatian ramai.



"Kalau aku memilih untuk bercerita di social media, dah lama aku bercerita. Segala bentuk bukti sama ada dalam teks mahupun bergambar boleh aku dedah. Sebab aku ada.

"Tapi, andai aku pilih untuk membuka semua tu, apa beza nya aku dan kau? Sama. Tiadalah beza kita melainkan hanya pura pura di hadapan manusia. Hanya menagih & dahaga perhatian.


11 October 2019

PATUTNYA KAMI NIKAH DI THAILAND MINGGU DEPAN - ELLIKA



"Saya dan Amar sudah bercinta sejak September tahun lalu. Kami sepatutnya berkahwin di Thailand minggu depan (11 hingga 13 Oktober).

"Sebelum ini ada kenalan memaklumkan Amar sudah mempunyai dua isteri tetapi saya tidak percaya. Lebih menyedihkan, sebenarnya saya bakal menjadi isteri ketiga! Mulanya, saya tidak memberitahu info yang saya dapat ini kepada Amar,” dakwa wanita yang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Amar Asyraf, iitu Ellika Azman.



Tambah wanita itu lagi, sebelum ini ada rakannya memaklumkan kepadanya bahawa Amar sudah mempunyai dua isteri namun dia tidak percaya tentang perkara tersebut. Bagaimanapun, ia terbongkar apabila dia mendapat tahu isteri kedua Amar baru saja melahirkan anak.

Sehubungan itu, dia mengakui silap bercinta dengan suami orang dan rela membuka aibnya sendiri kerana mahu Amar lebih bertanggungjawab terhadap keluarganya.

"Saya dimaklumkan Amar belum lagi menjenguk isteri kedua dah anak mereka. Saya tahu, bila saya memilih untuk bercinta dengan Amar, perkara terbabit memang salah kerana dia berstatus suami orang.

"Saya ingat saya yang paling teraniaya, rupanya isteri kedua dan anak mereka lebih teraniaya! Saya tak kisah bila ada orang nak kata saya buka aib sendiri asalkan pendedahan ini dapat membuatkan Amar bertanggungjawab terhadap anaknya itu," tegasnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AMAR ASYRAF NAK KAHWIN LAGI MESKIPUN DAH ADA 2 ISTERI?



Sememangnya Amar Asyraf amat kurang mempunyai gosip panas dalam industri hiburan tanahair. Namun tiba-tiba, seorang wanita mendakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon itu sejak September 2018 hingga menimbulkan pembagai spekulasi.



Tambah-tambah apabila Ammar sudah pun mendirikan rumah tangga dan baru sahaja menimang cahaya mata kedua beberapa bulan lalu.

09 March 2017

MESRA DENGAN ELFIRA, 'EX' SUFIAN RASA SEDIH, PATAH HATI



Hati mana yang tidak sedih bila melihat EX boyfriend beriya-iya menghadiahkan 23 kuntum bunga ros untuk pelakon Elfira Loy sempena hari lahir ke-23 aktres itu semalam.

Gosip turut tersebar bahawa mereka berdua bukan hanya akrab, malah sejak akhir-akhir ini sering keluar bersama.

Paling menarik, menerusi catatan di IG Elfira, Sufian didakwa satu-satunya rakan artis yang turut sama menyertai majlis sambutan hari jadi Elfira di sebuah rumah anak yatim di Cheras, Kuala Lumpur.



19 August 2016

GOSIP SEDIH - ALLY ISKANDAR & FARAH LEE SUDAH BERCERAI?



Tiada angin, tiada ribut... tiba-tiba timbul berita sedih yang mendakwa rumah tangga pengacara TV3 iaitu Ally Iskandar dengan Farah Lee sudah menemui noktah. Mereka berdua dilaporkan sudah bercerai secara baik di mahkamah meskipun mempunyai anak yang comel.

Bagaimanapun, hingga saat ini, mahu Ally ataupun Farah masih belum membuat kenyataan rasmi bagi mengesahkan dakwaan rumah tangga mereka sudah berakhir. Namun beberapa keping gambar yang dimuatnaik kononnya melalui Instagram Farah bagaikan memberi bayangan apa yang mereka hadapi itu.



20 May 2016

'KAYA ATAU MISKIN, TETAP MASUK KUBUR' - FASHA SANDHA



Nampaknya kehidupan Fasha Sandha terus hangat dan dilanda pelbagai kontroversi sejak dia bercerai dengan suaminya pada 20 Januari lalu. Terkini, Fasha atau na­ma sebenarnya, Nur Fasha San­dha Hassan, telah meluahkan perasaannya di laman Instagram bagi menyedarkan 'seseorang' yang didakwanya terlampau taksub dengan kekayaan dan kuasa yang ada.

"Jangan lupa, kaya atau miskin, tetap masuk kubur yang sama, tiada bezanya. Jadi jangan lupa, negara ada undang-undang, tak kira untuk yang kaya mahupun yang miskin.



10 May 2016

GOSIP SANA SINI - ANAK CHE TA 'BERCINTA' DENGAN ADIK ANZALNA?



Gambar menarik anak Che Ta, Ammar Effendy dengan adik bongsu pelakon Anzalna Nasir, iaitu Nazirah Nasir yang digosipkan sedang bercinta.

Gosip tersebut timbul gara-gara kemesraan mereka ketika bersama-sama menyambut 'hari ibu' keluarga Anzalna di sebuah restoran Jepun.

"Tiap-tiap hari celebrate hari ibu. Mama's fav place #Rakuzen she loves Japanese food!" ujar Anzalna di laman IGnya.



18 April 2016

DAH ADA 'KEKASIH RAHSIA' - STATUS JANDA BUAT IZREEN WASPADA?



"Tak tau sapa yg bagi.. takder kad takder apa.. cuma adik yg tolong hantar ni cakap.. orang yang bagi bunga n roti canai ni pesan.. Breakfast tu penting! Kena makan.. Lagi satu tolong cari sampai jumpa "senyum kucing" tu.. dah lama tak nampak kat muka.. Hurmmm... Senyum kucing??? Mcm taw jer sapa..." begitulah seloroh Izreen Azminda yang nampaknya berseri-seri bila mendapat hadiah bunga daripada 'kekasih rahsia'.

Izreen yang pernah mengalami kegagalan dalam rumah tangga, dilihat mengambil masa lama untuk mengubati kelukaan hati. Mungkin dia ingin melupakan episod hitam dalam hidupnya itu sebelum ini.



31 March 2016

GOSIP - SHARNAAZ AHMAD & NABILA HADIRI KURSUS KAHWIN?



Bukan mudah jadi artis. Ke mana-mana sahaja mereka pergi, pasti ada sahaja mata yang memandang dan mengambil tahu hal mereka.

Demikian jugalah halnya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad yang baru-baru ini didakwa dilihat menghadiri satu kursus kahwin bersama kekasihnya iaitu kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Noor Nabila, 31.



22 January 2016

GOSIP MOSIP - BENARKAH SHAHIR DAH MEMINANG ERRA FAZIRA?



Nampaknya gosip antara Erra Fazira dan Shahir AF8 masih belum reda apabila timbul cerita mengatakan Shahir baru-baru ini sudah menghantar rombongan meminang Erra. Malah cerita tersebut juga sudah menjadi viral di alam maya.

Lebih meyakinkan mereka, Erra sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berdua sedang mengenali hati budi masing-masing serta kerap berhubung melalui telefon.



15 December 2015

GAMBAR 'KELUARGA' TANPA FASHA SANDHA - BENARKAH SUDAH CERAI?



"It is always wonderful to celebrate with family. Thx @cholaholla for arranging everything thx my dearest children menantu cucu2 for being with us. @kuaz9 @rizalashramrnt #rntrna #rntrnafamily#cucu#preciousmoments #familylove #rntrna42ndweddingannivesary #rntrnaweddinganniversary #payong #putrarayqalramli #gunong #alriz. #intansemata #arla #putriarla #juah @minramli @alfializar5. see you when you are back from your duties 1 December 2015," demikian tulis Raja Noora, ibu Jejai melalui Ignya.

Apa yang menjadi persoalan, gambar keluarga tersebut dilihat tanpa kelibat Fasha Sandha yang baru-baru ini dikatakan mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya Jejai.

GAMBAR KELUARGA JEJAI TANPA FASHA - klik untuk size besar


29 November 2015

ISU LIYANA MANAN & ANAK2 - HANEZ SURAYA NAFI GOSIP



Jika sebelum ini ada pihak yang seolah mahu melagakan Hanez Suraya dan bekas isteri suaminya Liyana Manan dengan mendakwa mereka seolah tidak membenarkan Liyana berjumpa dengan anak-anak selama berbulan, terkini Hanez menafikan gosip tersebut.

Dia sebaliknya menyuruh pihak terbabit mendapatkan sendiri kenyataan sebenar Liyana dan bukannya main hentam sahaja.



30 April 2015

GEMPAK - BEKAS SUAMI ABBY, FARHAN BERTUNANG DENGAN JANDA?



Dalam diam, bekas suami Abby Abadi, Noor Farhan Che Bakar baru-baru ini dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang gadis manis. Ia dikuatkan lagi dengan  sekeping gambar dia bersama seorang gadis bertudung.

Selanjutnya, menurut beberapa sumber, wanita tersebut dikenali dengan nama Noriah Mat Isa dan dia didakwa memang kini tunangan Farhan.

Klik gambar untuk size besar


09 March 2015

INFO TERKINI - ABBY ABADI DAH SELAMAT NIKAH?



Tahniah diucapkan buat Abby Abadi sekiranya sahih berita ini bahawa beliau telahpun selamat bernikah dengan Ustaz Khairul Azli baru-baru ini.

Sebelum ini Abby pernah memberi pembayang bahawa tarikh nikahnya adalah pada bulan Fenruari lalu melalui laman Instagramnya.

Apa yang nampak seperti benar ialah apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai @dijayamin telah mengiyakan pertanyaan peminat mengenai status Abby dan Ustaz Khairul.



13 January 2015

KES REBUT RAMLI MS - ALYAH PERNAH KENA TOLAK DI HOTEL?



Ada yang memberi kata-kata semangat dan ada juga yang mengutuk Alyah berikutan pendedahan dan penafian cerita 'kahwin' melibatkan suaminya Ramli MS.

"#throwback semoga diberi peluang untuk aku ke sana lagi. Hanya Dia yang Maha mengetahui," demikian ujar Alyah melalui entry terbarunya di Instagram.

Entry yang berbentuk video itu memaparkan kenangan dia melakukan umrah di Mekah. Peliknya, gambar dia berdua atas katil dengan Ramli MS semalam sudah dipadam (delete).

Mungkihkah Alyah memberi pembayang yang dia rindukan Mekah dan mahu ke sana untuk berdoa bagi menenangkan fikiran?



27 November 2014

HANGAT - LUPA KAD MEMORI, GAMBAR TAK SENONOH PELAWAK TERSEBAR?



Awalnya, niat artis ini hanya mahu menghantar telefon bimbitnya untuk diservis... namun gara-gara terlupa mengambil kad memori, beberapa gambar tak senonohnya telah tersebar di alam maya.

Untuk pembayang, pelakon dan pelawak lelaki tersebut sebelum ini memang terkenal dengan gatalnya terhadap ramai wanita. Bila timbul gosip, dia tidak pernah mengaku dan mendakwa ia hanya fitnah semata-mata.

Nah sekarang apabila dia terlupa nak ambil kad memori, maka tersebarlah gambarnya yang sedang membuat kerja tak senonoh. Paling teruk, aksi bangang itu dirakam ke telefon bimbit untuk kenangan.

Klik gambar untuk size besar


29 October 2014

GOSIP - LEPAS BERSALIN, ADIK ARTIS POPULAR BAKAL BERCERAI?



Sudah heboh di laman sembang mengatakan bahawa seorang penyanyi yang juga adik kepada seorang artis popular bakal bercerai dengan suaminya. Dakwa mereka, penyanyi tersebut yang beberapa bulan lalu melahirkan anak ketiga telah pergi ke mahkamah syariah untuk urusan penceraiannya.

Tambah gosip itu lagi, suami penyanyi terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kini menetap di Pahang. Manakala penyanyi tersebut pula kini menetap di Kuala Lumpur bagi membantu kakaknya.

Mereka berdua sudah tidak tinggal sebumbung lagi gara-gara masalah rumah tangga yang melanda.





         ________________________




21 June 2014

GOSIP - BAPA PELAKON WANITA MAKI TEMAN LELAKI ANAKNYA BABI?



Kami tidak tahu sama ada screenshot mesej ini benar ataupun palsu atau mungkin ia sengaja dibuat orang. Oleh yang demikian, kami tidak mahu reka cerita sendiri. Anda baca, anda yang tafsirkan.

Bak kata pepatah, tepuk dada... tanya selera!



22 April 2014

GAMBAR & GOSIP - KEKASIH BARU IQRAM DINZLY?



Kami mendapat gambar-gambar ini melalui email yang dikirimkan oleh seorang peminat Iqram Dinzly. Menurut pengirim, Iqram dilihatnya makin dilamun cinta dengan kekasih baru tersebut yang mempunyai darah keturunan seni.

"Haaiii... Saya dan kawan-kawan dapat bau yang iqram dinzly makin dilamun cinta dengan kekasih barunya sehingga Soo Wincci sendiri pernah berjumpa dengan gadis itu.

Klik gambar untuk size besar