10 May 2016

GOSIP SANA SINI - ANAK CHE TA 'BERCINTA' DENGAN ADIK ANZALNA?



Gambar menarik anak Che Ta, Ammar Effendy dengan adik bongsu pelakon Anzalna Nasir, iaitu Nazirah Nasir yang digosipkan sedang bercinta.

Gosip tersebut timbul gara-gara kemesraan mereka ketika bersama-sama menyambut 'hari ibu' keluarga Anzalna di sebuah restoran Jepun.

"Tiap-tiap hari celebrate hari ibu. Mama's fav place #Rakuzen she loves Japanese food!" ujar Anzalna di laman IGnya.





Namun apa yang dipersoalkan oleh netizen, mereka hairan bagaimana Ammar boleh 'terlepas' ke keluarga Anzalna menyambut 'hari ibu' tersebut? Kata mereka, pastinya Ammar dan Nazirah ada hubungan istimewa!

Dalam hal ini, bagi kami mereka mungkin sekadar kawan sesama keluarga artis agaknya. Tapi kalau benar-benar bercintapun apa salahnya ya tak? Mereka kan sama muda macam pinang dibelah dua. Heh!







         ________________________





No comments: