Amboi amboii... bukan main mengira hari lagi Akak Fiza Halim kita ni. 'Counting days' kata Fiza di laman IGnya. Dah nak kahwin baru ke?
"Cakkkk!!!!! Senyumlah... Potato chips is one of my fav," tambah Fiza lagi melalui gambar mesranya bersama seorang jejaka sambil menepekkan hastag 'mycintahati dan mylove'.
Meskipun di laman IGnya Fiza terasa hati apabila ada pihak yang mengutuk dan mendakwanya sebagai perampas, namun Fiza ada jawapannya yang tersendiri.
"Sebelum nak tuduh orang, kau ada bukti ker? Excuse me, aku usaha untuk dia orang berpisah? Tolong sikit ya... tak tahu cerita jangan main sedap mulut bercakap jer. Apa yang kau tak puas hati sebenarnya? Ada aku ambik laki kau ker?" Soal Fiza menjawab dakwaan tersebut.
Cool la Akak, jangan marah-marah... nanti dahi berkedut... he he.
Kalau benar sudah nak kahwin, kami ucapkan selamat berbahagia hendaknya. Moga perkahwinan kali ini kekal hingga hujung nyawa. Amin!
Untuk rekod, Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, dan bercerai pada 4 November 2010.
Dia seterusnya berkahwin lagi dengan Adam AF dan bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama. Kemudian pada tahun lalu, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi.
Dan buat kali keduanya, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September 2015. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 28 Disember tahun yang sama. - (myartis/k)
www.myartis.com - Foto: Fiza IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment