10 May 2016

TUNTUTAN NAFKAH: RM5,300 SEBULAN MELAMPAU - AWIE



Penyanyi dan pelakon Awie menyifatkan tuntutan nafkah anak yang dikemukakan bekas isterinya, Rozana Misbun untuk dua anak mereka adalah tidak munasabah dan melampau. Awie berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini semalam dan menyatakan tidak bersetuju dengan kesemua tuntutan tersebut.

"Anak-anak saya masih kecil dan saya sebagai ayah yang pernah menjaga mereka tahu perbelanjaan sepatutnya untuk mereka. Jumlah yang dituntut Rozana tidak munasabah sama sekali.





"Saya percaya amaun tersebut bukan untuk anak-anak saya," ujar Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48.

Jumlah nafkah anak yang munasabah untuk diberikan Awie bagaimanapun tidak dijelaskan ketika ditanya peguam Syarie, Mohd. Syafiq Norizan yang mewakilinya.

Awie sebaliknya hanya mendakwa jumlah yang diminta itu sengaja diada-adakan oleh Rozana.

Untuk makluman, Rozana dalam tuntutan nafkah kekal untuk kedua-dua anak mereka itu menuntut RM5,300 sebulan daripada Awie merangkumi perbelanjaan makanan, minuman dan keperluan diri (RM3,000), kos tempat tinggal (RM1,500) serta kos pembantu rumah sebanyak RM800.

Perbicaraan bersambung.


Sumber: Kosmo


         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...