Showing posts with label perkahwinan artis. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan artis. Show all posts

12 March 2020

"APA SALAHNYA CIUM ABANG IPAR?... SAYA MANJA" - CHACHA MAEMBONG


"Saya adik bongsu dan saya sangat manja. Saya manja dengan family saya, saya manja dengan abang ipar saya semua, saya manja dengan semua orang yang saya rasa itu adalah keluarga saya.

"Tak salah sebagai adik bongsu yang baru dapat abang ipar dan kakak saya baru je halal, so tak salah kalau kita nak meraikan kebahagiaan itu. Saya happy dengan family saya. Tak ada isu pun timbul dalam family pasal benda ni," ujar Chacha Maembong dipetik sebagai berkata melalui Astro Gempak mengenai isu mencium suami Emma Maembong.



19 January 2020

BAKAL NIKAH KERABAT RAJA - EMMA MAEMBONG KAHWIN TAHUN INI?



Gosip bertiup kencang apabila Emma Maembong dikatakan bakal mendirikan rumah tangga di tahun baru 2020 ini.

Meskipun membisu dan tidak mengiyakan mahupun menidakkan, namun terkini Cik Pang, melalui ruangan Harian Metro mandakwa bahawa pelakon itu bakal berkahwin pada bulan Februari.

Menurutnya, tidak diketahui mengapa Emma memilih untuk merahsiakan berita gembira itu daripada pihak media. Sedangkan ada sumber yang memberitahu, Emma kini sibuk membuat persiapan perkahwinannya hingga terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan.



Tambah Cik Pang lagi, Emma dikatakan bakal berkahwin dengan kerabat diraja namun tidak didedahkan siapa gerangan kerabat itu. Jika benar, biarlah ianya diketahui daripada mulut Emma sendiri katanya.

Harapan kita, moga kali ini Emma benar-benar jadi kahwin dan bukan sekadar gosip semata sebagaimana sebelum ini. Mana tahu mungkin tahun 2020 ini membawa tuah buat pelakon ini yang sering terluka.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 January 2020

11 FOTO BERINAI - INILAH WAJAH BAKAL SUAMI ELLY MAZLIEN YANG HANDSOME


Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, akhirnya mendedahkan wajah bakal suaminya Mohamad Azlan, di majlis Malam Berinai yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam semalam.

Anggun dengan persalinan songket, Elly dan Mohamad Azlan nampak sepadan bersama-sama anaknya Putri Sara Sefhia.

Untuk info, majlis pernikahan dan persandingan mereka berdua bakal diadakan hari ini di PWTC.



GAMBAR LAIN - SILA KLIK

21 September 2019

KAHWIN RAHSIA - ZAMANI SLAM KINI SAH SUAMI NUR JULIANA


Akhirnya setelah hampir 26 tahun membujang akibat patah hati, penyanyi Zamani 'Slam', 48, kini sah bergelar suami kepada Nur Juliana pada satu majlis tertutup secara rahsia malam semalam.

"Dengan izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah majlis pernikahan saya dan isteri pada 20 September.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menolong menjayakan majlis ini.

"Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf jika ada yang terguris perasaan jika majlis ini berlangsung tanpa pengetahuan mereka. Semua ini demi menghormati permintaan keluarga," ujar Zamani dipetik sebagai berkata.


08 December 2014

LAGI 34 GAMBAR PERNIKAHAN CHEF RIZ & SHIKIN MAEMBONG



Lagi gambar-gambar menarik majlis pernikahan anak Chef Wan iaitu Chef Riz dan Shikin maembong pada malam Jumaat lepas dengan hanya sekali lafaz.

Untuk makluman, gambar ini dirakamkan oleh team @thephotolicious yang dipilih oleh Chef Riz dan Shikin sebagai jurugambar rasmi.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


08 March 2014

HARI PERTAMA - LEPAS NIKAH, SYAMSUL KEMBALI KE HOSPITAL



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikianlah umpamanya Syamsul Yusof yang baru sahaja menikahi Puteri Sarah, tetapi harus segera kembali ke hospital untuk rawatan denggi.

"Syamsul harus berada di hospital sekurang-kurangnya seminggu lagi. Sebab itu dia terpaksa pakai salur rawatan sebaik selesai majlis nikahnya," ujar ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail.

Pakai IV drip - Klik gambar untuk size besar


04 January 2012

GAMBAR KAHWIN SHERRY MERLIS & TENGKU SHAFIZ


Ramai yang sudah tahu mengenai perkahwinan pelakon Sherry Merlis dan vokalis kumpulan Gabba Gabba Band, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash baru-baru ini.

Mereka yang berkahwin pada 1 Januari 2012 setelah hanya bercinta selama enam bulan. Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur telah menjadi lokasi pernikahan di mana bapa Sherry, Wan Zainal sendiri telah menikahkan mereka.

Dan dengan tambahan beberapa keping gambar menarik, jom kita imbas kembali saat gembira pelakon berbakat itu.

Anak-anak teruna Sherry menyokong perkahwinan ibu mereka.
Klik untuk imej besar...


11 December 2011

ANA DAHLIA DAN CHEF RIZ SELAMAT BERNIKAH


Setelah 'kebal' dengan kontroversi 'janda' dan sebagainya... akhirnya dengan sekali lafaz, Diyana Mastura Jaafar, 28, (Ana Dahlia) sah menjadi isteri Mohd Nadzri Redzuawan (Chef Riz). Anak kepada Datuk Chef Wan ini dinikahkan tepat jam 12.20 tengah hari tadi, di Kampung Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.

Ana Dahlia yang berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 56, dinikahkan oleh Ustaz Hj Nawi Osman,57, Naib Kadi kampung yang sama.

Klik untuk imej besar...

Photo: MStar

21 November 2011

BILA SYELLA KAHWIN DENGAN 'HALIMUNAN'


Apakah persamaan dan perbezaan antara perkahwinan anak Prince Charles iaitu Prince William dan artis tempatan kita Syella Kamaruddin? Jawapannya ialah baju yang dipakai oleh suami Syella persis seperti baju yang dipakai oleh Prince William. Kelassss gitu..!!

Bagaimanapun, perbezaan perkahwinan Syella yang dikatakan bernilai RM 15 juta dengan hadiah sebuah banglo dan sebuah kereta mini-cooper amat ciput jika dibanding dengan Prince William yang beratus kali ganda nilainya. Selain itu, Syella nampaknya kalah teruk apabila identiti suaminya terpaksa disorok darpada pengetahuan umum atas sebab-sebab 'tertentu'.

Aikkk... suamipun nak sorok identiti? Tua sangat ke... atau mungkin takut isteri-isteri lain marah khot?

Kiranya Syella adalah artis pertama yang memecah rekod industri hiburan apabila bersanding dengan suami 'halimunan'. Memang pelik tapi benar!

Klik untuk imej besar...


EZLYNN 'HI HI BYE BYE' KAHWIN PENGURUS


Memang ramai artis dan selebriti kita yang bernikah dengan hanya sekali lafaz!

Antaranya ialah penyanyi terkenal dengan lagu 'Hi Hi Bye Bye' Ezlynn, 30, yang kini sah bergelar isteri kepada Adam Fahmy Shamsudin, 35, yang juga pengurus peribadinya semalam dengan hanya sekali lafaz sahaja.

Ezlynn menerima wang hantaran sebanyak RM 20,020.20, mas kahwin RM 80, beserta lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Untuk info, Ezlynn dan Adam mula berkenalan pada tahun 2005. Jari manisnya disarungkan sebentuk cincin jade yang dibeli Adam di salah sebuah kedai di Phi Phi Island, Thailand dalam keadaan tergesa-gesa baru-baru ini.

Klik untuk imej besar...


20 November 2011

MAJLIS RESEPSI EIRA SYAZIRA & AZAD JAZMIN


"Alhamdulillah, selesai sudah majlis resepsi ku di KL. Next week kat Penang pulak. Thank you so much pada semua yang datang dan terlibat menjayakan majlis Eira semalam. Pada keluarga tercinta, sahabat handai, rakan-rakan artis, para wartawan yang sudi meluangkan masa untuk majlis Eira dan hubby ucapkan jutaan terima kasih yah. Love u guys much2! Maafkan kami jika ada kekurangan pada majlis kami semalam ye. Yang penting semua happy dan enjoy sangat! Much appreciated," ujar Eira Syazira.

Untuk info, Eira dan Azad Jazmin telah selamat mengadakan majlis resepsi mereka di International Youth Centre, Cheras, Kuala Lumpur pada 18 November 2011. Sementara majlis Resepsi pihak lelaki akan dilangsungkan pula pada 26 November ini di Pulau Pinang.

Berikut adalah gambar-gambar majlis resepsi Eira dan suaminya. Photo kredit Hafeyz Yussof (Phosgraphis Photography).

Klik untuk imej besar...


14 November 2011

BOY IMAN NIKAH JAM 10.00 MALAM


Seorang lagi pelakon yang kahwin pada tarikh cantik 11.11.11. Beliau ialah Norul Iman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman, yang juga Pengasas dan Pengarah Urusan di cdma health dan beauty.

Majlis akad nikah boy telah berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya. Meskipun jadual nikah dijangkakan selepas maghrib sekitar 7.30 malam, namun tanpa disangka ia telah terlewat hingga ke pukul 10.00 malam.

"Terima kasih semua atas ucapan tahniah! Untuk makluman semua, majlis bersanding boy akan dibuat pada 26hb januari 2012," ujar Boy.

Klik untuk imej besar...


ELLIZA AF3 KAHWIN DENGAN PENGURUS


Wahhh... rupa-rupanya ramai juga artis kita yang kahwin pada tarikh cantik 11.11.11 yang lalu. Selain Lan A to Z, bekas peserta Akademi Fantasia 3 (AF3), Elliza Razak, 27, turut mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Khairul Adzwan Nasir, atau Joe, 24.

Majlis ala Inggeris, merupakan konsep majlis pernikahan dan persandingan Elliza dan Joe. Elliza menggayakan pakaian tajaan Seni Andaman Mawar Biru dalam persalinan berwarna kelabu cair dan gelap.

“Kami mula berkenalan pada pertengahan tahun lalu selepas diperkenalkan kawan.

"Selepas dua minggu berkenalan, dia menyatakan hasrat untuk bertunang kepada abang saya. Memikirkan apa yang dilakukan itu baik, keluarga saya menerima cadangan Joe dan keluarganya dengan tangan terbuka.

Klik untuk imej besar...


12 November 2011

LAN A TO Z KINI SAH SUAMI SITI NUR AIN


Setelah lebih empat tahun menduda, akhirnya Norazlan Abdul Aziz (Lan A To Z), 42, kini bergelar suami kepada Siti Nur Ain Daud, 24. Mereka berdua dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaid di Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, Selangor jam 11.20 pagi semalam (Jumaat).

Untuk info, Siti menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM11,111.00. Apa yang menarik, tarikh lahir Siti yang ke-24, jatuh pada tarikh nikahnya iaitu 11.11.11 (11 November 2011).

"Saya juga bersyukur kerana selepas empat tahun menduda akhirnya dipertemukan jodoh dengan Siti yang 18 tahun lebih muda daripada saya.

“Semua perbelanjaan untuk mengadakan majlis akad nikah sehinggalah ke kenduri kendara perkahwinan saya ini ditaja oleh beberapa pihak. Daripada segi kad jemputan kahwin, pakaian bersanding, pelamin dan makan minum untuk hadirin semuanya ditaja oleh pihak-pihak terbabit.

Jumlah gambar 9 keping - Klik untuk imej besar...


11 November 2011

3 KALI LAFAZ - DIRA SAH ISTERI HELMI


Pelakon Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi dengan tiga kali lafaz. Mereka berdua telah dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, hari ini.

Difahamkan, mas kahwin ialah RM 7777.77 dan Dira menerima wang hantaran sebanyak RM 17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu iPad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran.


Gambar: Mstar

22 October 2011

MAJLIS RESEPSI YASMIN DAN SHA'ARIN


Sungguh meriah Majlis resepsi pelakon dan pengacara, Yasmin Hani Richardson, 32, bersama suaminya Sha'arin Mohamed, 47, yang berlangsung semalam di Duchess Place, Jalan Ampang, Selangor.

Acara menjadi lebih meriah apabila Atilia, Amir Johari dan Salamiah Hassan membuat persembahan. Jom tengok..!!











21 October 2011

YASMIN & SHAHRIN SAH SUAMI ISTERI


Shahrin Mohammed Razali Wong sah bergelar suami kepada Yasmin Hani Richardson dengan sekali lafaz setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang, Selangor pada pukul 3.45 petang tadi.

Rombongan Shahrin telah membawa tujuh dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. Hantaran tersebut termasuk sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.

Klik untuk imej besar...


Sementara Yasmin Hani pula membalas dengan sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.

10 October 2011

LAN A TO Z NIKAH 11-11-11


"Hubungan saya dengan bekas isteri masih baik dan kami selalu berhubung melalui Facebook. Pada pihak yang selalu melagakan cerita dan hubungan kami, saya harap mereka berhenti berbuat begitu kerana yang berdosa ialah mereka sendiri," ujar Lan A to Z atau nama sebenarnya Norazlan Abdul Aziz, 42, ketika dihubungi melalui telefon.

Lan berkata demikian bagi mengulas mengenai segelintir pihak yang sering membuat cerita kurang enak mengenai keruntuhan rumahtangganya dulu bersama Marcella. Pesan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Itik Gembo-Gembo itu, berhentilah daripada mengutuk dan membuat dosa.

"Kan lebih baik jika mereka bertanya atau membuat pengesahan dulu daripada saya atau Marcella sendiri? Ni tidak, mereka buat cerita macam mereka tahu segala-galanya," tambah Lan dengan nada kesal.

Kekesalan Lan itu diluahkannya berikutan masih ada segelintir pihak yang mengungkit kisah lalu meskipun dia bakal membuka buku baru dalam hidupnya. Ini kerana, Lan yang sudah lama menduda akhirnya telah terbuka hati untuk berkahwin kali kedua dengan gadis pilihan hati.

Tinggal kenangan - perkahwinan Lan dan 
Marcella pada 16 April 1998 - klik untuk imej besar...


03 October 2011

FANTASI PERKAHWINAN NABIL BERAKHIR


Akhirnya majlis resepsi perkahwinan Nabil Raja Lawak dan Nazira Ayub yang berkonsepkan Fantasy Wonderland di di i-City, Shah Alam, Selangor berakhir dengan jayanya.

Menurut Nabil, dia menghabiskan sekitar RM177,000 wang simpanannya semata-mata mahu merealisasikan impian perkahwinan tersebut.

“Kalau anda semua mahu perkahwinan sebegini, bersedialah untuk mengeluarkan wang sebanyak itu. Tetapi tidak mengapa, saya puas kerana gembirakan orang tersayang,” kata Nabil dipetik dari rotikaya.

Tahniah buat Nabil... moga fantasinya itu tidak berakhir di sini sahaja, sebaliknya akan berterusan hingga ke anak cucu.

Klik untuk imej besar...


01 October 2011

NABIL NIKAH DUA KALI LAFAZ


Jika Norman Hakim akad nikah dengan hanya sekali lafaz, namun Nabil Raja Lawak pula terpaksa melafazkannya sebanyak dua kali sebelum sah bergelar suami kepada Nazira Ayub. Nabil telah dinikahkan di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya sekitar jam 5 petang semalam sambil dikelilingi oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis tersebut, Nazira menerima wang hantaran sebanyak RM15,000 dan mas kahwin berjumlah RM300 selain sebentuk cincin berlian bernilai RM3,000. Antara hantaran lain yang berjumlah 7 dulang daripada Nabil ialah tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzman, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran.

Sementara Nabil pula menerima sembilan dulang hantaran balas daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan dan kek fonding.

Difahamkan, Resepsi perkahwinan kedua pengantin ini yang berkonsepkan Wonderland akan diadakan Ahad ini di i-City, Shah Alam, Selangor.

Seluruh kakitangan myartis ingin mengucapkan tahniah kepada Nabil dan Nazira dengan doa moga mereka bahagia hingga ke anak cucu. Amin..!!

Klik untuk imej besar...