11 November 2011

3 KALI LAFAZ - DIRA SAH ISTERI HELMI


Pelakon Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi dengan tiga kali lafaz. Mereka berdua telah dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, hari ini.

Difahamkan, mas kahwin ialah RM 7777.77 dan Dira menerima wang hantaran sebanyak RM 17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu iPad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran.


Gambar: Mstar



Sementara Helmi pula menerima 11 dulang berupa coklat, jam tangan, kek, helmet, AlQuran, sejadah, Mac Book, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.

Dengan berpakaian sedondon, Dira nampak menawan apabila disolekkan oleh Zamri Zainol. Untuk info, majlis resepsi mereka bakal berlangsung pada 13 November 2011 di Lanai@Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.



Dira sebelum ini pernah berkahwin tetapi bercerai talak satu dengan Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, 28. Perceraian tersebut diputuskan oleh Mahkamah Syariah Kajang pada 8 April 2010 atas permohonan Dira sendiri.

No comments: