11 November 2011
FARAH LEE MINTA REMOVE GAMBAR JAHILIAHNYA
Farah Lee, gadis yang digosipkan dirisik oleh pengacara TV3, Ally Iskandar di terengganu meminta sesiapa yang mempunyai gambarnya tanpa tudung agar membuangnya. Gesaan tersebut timbul mungkin berdasarkan rasa 'berdosa' lantaran beberapa dakwah kebelakangan ini yang menggesa agar wanita Islam tidak mempamerkan aurat di laman sosial.
"Pengumuman kepada sesiapa yang masih memiliki gambo saya zaman jahiliah dolu-dolu, mintak kerjasama untuk remove dari pandangan umum (fb,fs,ms,flikr,blog etc) and delete aje gambo itu dari file anda ye. Kalau sayang nak delete, crop kan aje tubuh saya. Takpe saya tak kecik hati malah berbesar hati kalau you olls kesayangan mak ni buat macam tu.
"Jika dengan kematian kami dapat melihat wajahMu, matikanlah kami supaya terhindar kami dari fitnah dunia. Jika dengan kematian kami tercampak ke nerakaMu, panjangkanlah hidup kami supaya dapat kami perbanyakkan taubat kepadaMu," ujar Farah di laman Facebooknya.
Myartis sebelum ini pernah menyiarkan gambar Farah berniqab yang menimbulkan persoalan mungkinkah sudah sampai masanya Farah menutupi mukanya daripada pandangan bukan muhrim.
Bagaimanapun, menjawab soalan seorang rakan FB, kata Farah dia belum lagi mahu berbuat begitu.
"Belum... tapi suka bergambar dengan niqab," ujarnya ringkas.
No comments:
Post a Comment