12 November 2011
LAN A TO Z KINI SAH SUAMI SITI NUR AIN
Setelah lebih empat tahun menduda, akhirnya Norazlan Abdul Aziz (Lan A To Z), 42, kini bergelar suami kepada Siti Nur Ain Daud, 24. Mereka berdua dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaid di Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, Selangor jam 11.20 pagi semalam (Jumaat).
Untuk info, Siti menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM11,111.00. Apa yang menarik, tarikh lahir Siti yang ke-24, jatuh pada tarikh nikahnya iaitu 11.11.11 (11 November 2011).
"Saya juga bersyukur kerana selepas empat tahun menduda akhirnya dipertemukan jodoh dengan Siti yang 18 tahun lebih muda daripada saya.
“Semua perbelanjaan untuk mengadakan majlis akad nikah sehinggalah ke kenduri kendara perkahwinan saya ini ditaja oleh beberapa pihak. Daripada segi kad jemputan kahwin, pakaian bersanding, pelamin dan makan minum untuk hadirin semuanya ditaja oleh pihak-pihak terbabit.
Jumlah gambar 9 keping - Klik untuk imej besar...
“Mungkin ini rezeki saya. Walaupun saya sudah lama tidak muncul dengan album baru tetapi ternyata populariti saya masih ada di kalangan peminat,” kata Lan yang mempunyai dua anak perempuan hasil perkahwinan terdahulunya dengan Marcella.
Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lahu Itik Gembo-Gembo itu memberitahu, dia mengenali isterinya semenjak sejak tiga tahun lepas. Katanya mungkin disebabkan fobia kegagalan perkahwinan pertama membuatkan dia mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan berkahwin kali kedua.
"Harapan saya hanya satu agar perkahwinan kali ini memberikan kebahagiaan buat saya," katanya yang akan membuat majlis resepsi di Bandar Baru Rawang, Selangor, hari ini (Sabtu).
Klik untuk imej besar...
No comments:
Post a Comment